Amalan Memurahkan Rezeki

Antara amalan yang baik dan yang akan melimpahkan rezeki daripada Allah SWT ialah bersedekah, membantu orang yang memerlukan, menjauhi dosa dan beristighfar, memohon keampunan dari yang Maha Esa agar diampunkan segala dosa yang telah kita lakukan selama ini dan banyak lagi.

MODENAS Lancar Ninja, Ninja 250 ABS, Z250 ABS

Edaran MODENAS selaku pengedar baharu motosikal jenama Kawasaki baru-baru ini secara rasmi mengumumkan kemunculan semula jenama Kawasaki di Malaysia menerusi pengenalan tiga model - Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z250 ABS. Kesemua model MODENAS ini boleh didapati di semua wakil pengedar sah Kawasaki bermula 1 Ogos ini.

Jumaat Yang Istimewa

Sebagai orang Islam, kita perlu tahu bahawa Hari Jumaat merupakan hari agung yang dilimpahi banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain.  Jumaat diibaratkan seperti penghulu segala hari, dan umat Islam, lelaki dan wanita digalakkan untuk mengambil berat dan cuba melakukan perkara-perkara sunnah apabila tibanya hari Jumaat untuk memperoleh kebesaran hari tersebut dan keberkatan Allah SWT.  Mymuslimin.com menyenaraikan 5 perkara sunnah dilakukan pada hari Jumaat. Mari kita sama-sama mengamalkan untuk Jumaat yang lebih bermakna.

Doa Dipermudahkan Urusan

Doa ini ialah doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim (as) semasa baginda akan dicampak ke dalam api dan telah dibaca oleh Rasulullah SAW juga ketika mengumpulkan pasukan untuk berperang semasa Perang Badar. Dengan mengamalkan doa ini, kita memohon agar Allah SWT memudahkan segala urusan kita dan memberikan kita ketenangan ketika kita dilanda keresahan supaya kita boleh menguruskan tugas kita dengan baik.

Rancak Berdosa Di Media Sosial – Lari Daripada 6 Perkara Ini!

Di zaman ini, bilangan mereka yang bebas media sosial boleh dikira dengan jari. Jangan kata anak-anak remaja, nenek dan datuk pun sudah ada akaun Facebook dan Instagram, dan ada juga yang sudah berjinak-jinak dengan TikTok. Perlu diingat bahawa media sosial sarat risiko kepada umat Islam. Terlalu banyak ruang untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam, dan ini telah menyebabkan ramai yang terjebak dan rancak berdosa tanpa memikirkan akibatnya.

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑