Anda Baru Melangkah Ke Alam Kerjaya? – 8 Perkara Perlu Ambil Tahu

Oleh: Norana Johar

Alhamdulillah anda telah mendapat pekerjaan yang baik. Minda mulalah terbayang-bayang gaji pertama dan berikutnya yang boleh dibelanjakan untuk menaiktaraf ekonomi diri dan keluarga. Untuk menjadi seorang pekerja yang baik dan dapat menelusuri masa depan dengan lebih bermakna, baca tip di bawah ini.

Disiplin Waktu – Ketika di bangku sekolah ibu ayahlah yang sering kejutkan kita pagi-pagi. Tetapi apabila sudah punya kerjaya, tanggungjawab mengurus masa itu terletak di bahu kita. Kelewatan di tempat kerja adalah perkara yang serius dan boleh menyebabkan kita menerima surat amaran, dan kemungkinan boleh dipecat. Disiplin masa bukan sekadar mengelak lewat datang dan cepat pulang, kebolehan mengurus masa di pejabat juga akan menjadi penentu cepat dan lambatnya kenaikan pangkat kita di pejabat. Jika tugasan yang diberi sering diuruskan dalam masa yang diberi atau awal lagi, tentu sahaja prestasi kita akan dinilai cemerlang. Muslimin yang baik ialah mereka yang pandai dan berdisiplin dalam mengurus masa yang ada. 

Kekal Amanah – Setiap perbuatan itu bermula dengan niatnya. Bertugaslah dengan niat untuk mencari rezeki yang halal dan toyyib untuk diri dan keluarga, dan salah satu sifat yang sangat dituntut di dalam kerjaya ialah amanah. Dengan bersetuju untuk berkhidmat, kita bersetuju untuk memegang amanah dan nama baik syarikat di sepanjang perkhidmatan. Jangan ambil rasuah, jangan buat side dealings, jangan ambil yang bukan hak kita. Jika hati mahu menutupi perbuatan kita daripada diketahui pihak syarikat, sifat amanah kita telah dikompromi. Muhasabah dan tekad untuk kekal amanah.

Kawal Emosi – Perlu diingat bahawa pengurusan syarikat ialah berhierarki, iaitu kita perlu berurusan dengan ketua kita, pengurus, dan sebagainya. Dan jika kita mengetuai tim, kita juga perlu peka dengan anak buah kita. Kawalan emosi yang baik akan memudahkan urusan kita dengan banyak pihak. Walaupun emosi kita dicabar, ingatlah bahawa semuanya bukan peribadi, dan inilah tugasan yang perlu kita selesaikan dengan cara yang baik. 

Dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada ʻAṭiyyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ، وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ النَّارِ، وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ، فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ 

Maksudnya: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan, dan syaitan diciptakan daripada api neraka, dan api akan dipadam dengan air. Maka, jika salah seorang daripada kamu marah hendaklah berwuduk. 

Menyimpan Duit – Gunakan formula 30-70. Asingkan 30% untuk simpanan (termasuklah tabung untuk perkahwinan), 70% untuk perbelanjaan bulanan. 70% ini termasuklah perbelanjaan harian, insuran, makanan dan sebagainya. Elakkan berhutang dari mula, stay on the budget, insyaAllah anda tidak akan terjerat di dalam penjara kewangan seperti kebanyakan orang di luar sana. Di samping itu, jangan abaikan tanggungjawab untuk memberi sedikit keperluan ibu ayah, adik-beradik serta bersedekah ke masjid atau kepada pihak-pihak yang memerlukan. Bersedekah tidak akan menjadikan kita miskin, ini janji Allah. Kuatkan hati untuk ukur baju di badan sendiri.

Katakan Tidak Kepada Kad Kredit – Walaupun penggunaan kad kredit mempunyai kelebihannya tersendiri seperti mudah untuk membuat tempahan online terutama untuk tempahan dari luar negara serta mudah untuk pembelian jumlah besar, jika pemegang tidak pandai mengawal diri, natijahnya sangat membahayakan. Kadar faedah yang dicas kad kredit akan menjerat anda, dan pembayaran minima menjadikan anda selesa untuk berbelanja besar. Usah menambah komitmen bulanan dengan hutang kad kredit. Gunakan debit sekerap mungkin dan stay on budget! 

Elakkan Pembelian Mega – Jika kita baru mula bekerja, jangan kita terburu-buru untuk menampilkan imej yang aku ini orang ‘ada-ada’. Tidak perlu bergegas untuk membuat pembelian besar seperti membeli kereta atau rumah sendiri. Kereta perlu bayaran bulanan, petrol, penyelenggaraan, insuran dan sebagainya. Andai diri dan poket belum bersedia, masalah akan timbul di kemudian hari. Pembelian rumah juga begitu. Memang takut bila mendengar harga hartanah yang semakin melonjak setiap tahun, tetapi jika kita belum bersedia, komitmen ini akan melumpuhkan kewangan kita di hari muka.

Terpalit Politik – Jangan terlibat dengan politik di pejabat. Selagi mampu, kita jadilah pertubuhan bangsa-bangsa bersatu yang neutral sentiasa. Baik dengan semua orang itu lebih afdal daripada bersekongkol dengan mana-mana geng untuk tujuan tertentu. Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: