TUDIAA! Peminat Nasi Kandar Tidak Putus Berkunjung Ke Restoran Ini

Oleh: mymuslimin.com

Mungkin kawasan Bukit Jalil tidak dikenali sebagai lubuk hidangan nasi kandar, tetapi sebuah restoran yang kini menjadi buah mulut ramai – Nasi Kandar Bendi Gani Maju – pasti membuat anda datang berulang kali.

Dengan campuran kari yang padu dan pilihan lauk yang banyak dan sangat menyelerakan, perkataan yang tepat digunakan untuk menggambarkan keenakan makanannya adalah… SUUURRR!

Dijamin Suuurrr….

Langsung tidak menghairankan apabila melihat ramai yang sanggup beratur sebaik sahaja pintu restoran dibuka tepat jam 12 tengahari. Aksi pemiliknya, yang mesra dipanggil mamu, mencampur kuah dengan penuh gaya, serta laungan ‘tagline’nya TUDIAAA!, turut menjadi tarikan yang tersendiri.

Tapi awas, pengunjung perlu menyatakan sendiri kepada mamu tahap kepedasan anda. Memang berasap telinga dibuatnya kalau ‘pedas’ yang dipilih!

Pengunjung sanggup beratur panjang untuk pekena Nasi Kandar Bendi Gani Maju

Lauk yang wajib dicuba pula sudah pasti ayam bawang ‘signature’nya dan telur sotong. Kalau ayam telah habis dan ‘batch’ baru sedang dimasak, kami cadangkan anda tunggu, sebab memang sangat berbaloi. Dan jangan lupa juga sambal nyok!

Nasi Kandar Bendi Gani Maju

28, Jalan Jalil 1, The Earth @ Bukit Jalil, 43300 Kuala Lumpur

Buka 12 tengahari hingga 7 malam

Gambar: mymuslimin & SZA

One thought on “TUDIAA! Peminat Nasi Kandar Tidak Putus Berkunjung Ke Restoran Ini

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: