Honda HR-V Model Baharu Laris!

Oleh: mymuslimin.com

Model generasi baharu Honda HR-V telah pun berjaya mencuri hati rakyat Malaysia dengan sambutan yang luarbiasa, menurut laporan portal automatif careta.my.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, “semenjak tempahan dibuka, HR-V generasi baharu ini telah mendapat sambutan positif daripada rakan media dan orang ramai.”

“Saya berbesar hati memaklumkan bahawa HR-V serba baharu ini telah menerima lebih 20,000 unit tempahan setakat ini.”

“Dengan maklum balas menggalakkan dan permintaan tinggi terhadap model baharu berkenaan, kami juga ingin  memaklumkan bahawa tempoh menunggu bagi HR-V Serba Baharu ini ialah 12 bulan, bergantung kepada ketersediaan varian yang ada. Bagaimanapun, Honda Malaysia sedang mengambil langkah terbaik untuk menyerahkan kereta baharu pelanggan secepat mungkin.”

Daripada jumlah tersebut, 20 peratus daripadanya disumbangkan oleh varian tertinggi iaitu model HR-V e:HEV, sementara varian asas 1.5L NA pula menyumbang sebanyak 5 peratus, kurang sedikit daripada sasaran awal sebanyak 10 peratus.

Harga jualan bermula dari RM114,800 untuk varian 1.5L S, diikuti RM129,800 (varian 1.5T E), RM134,800 (varian 1.5T V) dan RM140,800 untuk varian 1.5L e:HEV RS.

Saksikan video pandu uji Honda HR-V generasi baharu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: