Ta’alim bererti menuntut ilmu dan Ta’alum pula mengajarkan ilmu kepada orang lain.
Ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah. Tidak kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia seperti sains & matematik kerana kedua-duanya adalah jenis ilmu ini mengajarkan kita akan kewujudan dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas.
Lantas, mencari ilmu itu merupakan adalah satu kewajiban bagi seorang muslim sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw.
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR Ibnu Majah)
Matlamat Ta’alim
Memasukkan cahaya Al-Quran dan hadith ke dalam hati supaya timbul keghairahan untuk beramal. Sesiapa yang tidak mendengar ayat Al-Quran ataupun hadith selama tiga hari berturut-turut, satu titik hitam akan muncul di dalam hatinya. Apabila titik hitam itu menebal dan akhirnya menutupi hati individu itu, maka sukar untuk dirinya menerima hidayah.
Menghidupkan sunnah iaitu amalan di Masjid Nabawi pada zaman Nabi Muhammad saw. Pada waktu itu, Masjid Nabawi hidup 24 jam sehari dengan empat jenis amalan iaitu dakwah, ta’alim wa ta’alum, ibadah seperti zikir, sembahyang, dan membaca Al-Quran serta khidmat.
Untuk kita mendengar berulang kali sehingga timbul dalam hati rasa yakin akan janji-janji Allah yang dikhabarkan melalui Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad saw.
Sumber: 30 Wasiat Imam Syafi’i oleh Khairul Ghazali
Leave a Reply