“Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan 10 perkara berikut. Pertama, hak diri, iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap, dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.”
Imam Syafi’i
Hak Diri – Hak Diri, iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap, dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Hak Malaikat Maut – Hak Malaikat Maut iaitu menggadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang-orang yang dizalimi, melakukan persediaan untuk mati, dan rasa cinta kepada Allah SWT.
Hak Kubur – Hak Kubur, iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud, dan membantu orang yang dizalimi.
Hak Munkar Nakir – Hak Munkar Nakir, iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
Hak Mizan – Hak Mizan iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan, dan sanggup menanggung kesulitan.
Hak Sirat – Hak Sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak dan suka membantu orang beriman, dan suka berjemaah.
Hak Malik – Hak Malik iaitu banyak menangis kerana takutkan azab Allah SWT, berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, bersedekah semasa terang dan sembunyi, serta memperelokkan akhlak.
Hak Ridhwan – Hak Ridhwan iaitu redha kepada qada Allah SWT, sabar menerima bala, bersyukur dengan nikmat Allah SWT, dan bertaubat daripada maksiat
Hak Rasulullah SAW – Hak Rasulullah SAW iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada sunnah, menyayangi para sahabat, dan bersaing mencari kelebihan daripada Allah SWT.
Hak Allah SWT – Hak Allah SWT iaitu mengajak manusia ke arag kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan, dan membenci maksiat.
Sumber: 30 Wasiat Imam Syafi’i oleh Khairul Ghazali
Leave a Reply