Sebuah hantaran di laman Facebook rasmi Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan mendedahkan bahawa ada pihak kini sedang mengutip wang dari orang ramai, kononnya sebagai infak membeli penapis air, menggunakan nama masjid tersebut.
“Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗔𝗛 menjalankan apa jua kempen Infaq Penapis Air Cuckoo seperti yang sedang tular sekarang.”
“Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 juga 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗔𝗛 melantik mana-mana pihak untuk menjalankan kutipan infaq bagi pihak Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.”
Turut dimuatnaik dalam hantaran tersebut adalah tangkap layar sebuah pesanan dalam aplikasi Whatsapp, yang menunjukkan pihak yang tidak bertanggungjawab itu memohon sumbangan RM50 setiap seorang untuk tujuan seperti dinyatakan.

Kalau nak beli penapis air berkualiti dan berjenama, bolehlah tengok2 di https://cuckoountuksemua.wordpresa.com
LikeLike