Edaran MODENAS selaku pengedar baharu motosikal jenama Kawasaki baru-baru ini secara rasmi mengumumkan kemunculan semula jenama Kawasaki di Malaysia menerusi pengenalan tiga model – Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z250 ABS.
MODENAS Ninja 250 ditawarkan dalam dua warna iaitu Metallic Carbon Grey atau Metallic Matte Graphite, sementara model Ninja 250 ABS didatangkan eksklusif dengan warna Metallic Matte Graphite Grey dan Z250 ABS pula berwarna Metallic Spark Black.
Harga jualan adalah seperti berikut:
MODENAS Ninja 250 – RM18,900
MODENAS Ninja 250 ABS – RM20,500
MODENAS Z250 ABS – RM19,500
Kesemua model MODENAS ini boleh didapati di semua wakil pengedar sah Kawasaki bermula 1 Ogos ini.
Sumber: Careta.my
Leave a Reply