Rayuan Sumbangan Untuk Pembinaan Surau Al-Yumni, Bandar Kinrara, Puchong

Surau Al-Yumni BK9, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor, yang dirancang pembinaannya pada 2015 akhirnya akan menjadi kenyataan. Kontraktor yang dilantik telah menerima dan menandatangani Surat Tawaran (Letter of Acceptance) pada 4 April 2022 bagi membina surau dengan kos RM1.42 juta. Oleh itu, pihak Surau memohon sumbangan ikhlas untuk menderma dan berinfak atas tujuan pembinaan Surau Al-Yumni.

TwtJodoh – Trend Terbaharu Mencari Pasangan

Di zaman datuk nenek kita dahulu, wanita hanya duduk di rumah menunggu keluarga lelaki masuk meminang. Apabila wanita sudah ramai masuk universiti dan menyumbang kepada ekonomi, pemikiran lebih moden, lantas lebih selesa mencari pasangan sendiri dan tidak lagi ingin bergantung kepada padanan keluarga. Sekarang, lain pula trendnya. Golongan muda zaman ini lebih proaktif dengan mengiklankan diri dengan tag @TwtJodohMy di platform Twitter untuk mencari calon suami dan isteri.

Sate 7 Pagi – Aneka Sarapan Orang Selatan!

Bila bercerita tentang sarapan sate, memang terus teringat bandar Maharani di Johor Darul Takzim. Tetapi, kali ini mymuslimin tidak perlu pandu jauh ke selatan kerana Sate 7 Pagi menyediakan menu hidangan Johor beraneka pilihan hanya beberapa kilometer sahaja dari bandaraya Kuala Lumpur.

Blog at WordPress.com.

Up ↑