Sate 7 Pagi – Aneka Sarapan Orang Selatan!

Bila bercerita tentang sarapan sate, memang terus teringat Bandar Maharani Bandar Diraja di Negeri Johor Darul Takzim. Tetapi, kali ini mymuslimin tidak perlu pandu jauh ke selatan tanahair kerana Sate 7 Pagi menyediakan menu hidangan Johor beraneka pilihan hanya beberapa kilometer sahaja dari bandaraya Kuala Lumpur.

Bertempat di Seri Kembangan, Selangor, Sate 7 Pagi dibuka tepat 7 pagi sehingga 2 petang dan restoran ini hanya menghidangkan juadah sarapan pagi. Melangkah sahaja ke perkarangan restoran ini, selera rasa dibangkitkan dengan bau sate yang sedang dibakar di tepi restoran. 

Pesan, bayar, tunggu nombor dipanggil

Restoran ini beroperasi seperti francais makanan segera di mana pelanggan perlu pesan, bayar dahulu, dan ambil makanan bila nombor dipanggil. Namun, berbeza daripada francais seperti McDonald’s dan KFC, nombor pesanan anda akan dijeritkan oleh pekerja dan bukan menggunakan sistem nombor elektronik. 

Hidangan utama di sini selain sate ayam dan daging (RM8.50/5 cucuk) ialah lontong (biasa RM8.90), soto, kacang pool, nasi lemak (biasa RM3.90) dan mi rebus. Banyak juga pilihan kuih-muih yang ditawarkan termasuk kuih koci (2 biji untuk RM1.70), kasui (RM4.90), talam (RM7.50), kek gula hangus (RM4.50) dan tepung gomak. Segalanya juadah popular negeri Johor!

Lontong kuah lodeh, mantap!

Pelanggan yang gemarkan nasi lemak berlauk, Sate 7 Pagi menyediakan hanya beberapa lauk seperti paru berlado (RM4.50), sambal sotong (RM5.00), bergedil (RM1.80) dan telur rebus/goreng mata (RM1.80). Sate 7 Pagi juga ada Nasi Arang Ayam tetapi kami tidak mencuba kerana ia kelihatan seperti hidangan tengahari. 

Sate di Sate 7 Pagi memang ada rasa sate Muor tapi saiznya besar sedikit dan mengandungi kurang cebisan lemak. Lontongnya mantap, sambal nasi lemak sedikit pedas tetapi terasa manisnya. Secara keseluruhan makanan di Sate 7 Pagi memang sesuai dengan selera orang dari selatan, khususnya orang negeri Johor.

Pukul 8 pagi hari bekerja, restoran ini sudah penuh dengan pengunjung, kemungkinan besar hujung minggu lebih padat. Suasana di sini juga nyaman dengan putaran lagu-lagu Melayu lama, termasuk lagu raya tatkala kami menghirup kuah lontong penuh perisa. 

Sate 7 Pagi

3244, Jalan 18/37, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Buka 7 pagi

Gambar: mymuslimin.com

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: