Firman Allah SWT:
ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡۚ
Maksudnya:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”
Surah al-Nisa’ (34)
Qawwam diambil daripada perkataan ‘Qaim’ yang membawa maksud bertanggungjawab, mengambil berat, memenuhi keperluan, mengurus, prihatin, memimpin, mengawal dan membela.
Oleh itu, lelaki menggalas tanggungjawab yang besar dalam menentukan kestabilan institusi kekeluargaan dan seterusnya akan membawa kesejahteraan kepada masyarakat. Apabila golongan suami diperkasakan, isteri akan mengecap kebahagiaan, dan kemudian terbentuklah keluarga harmoni. Insya Allah.
Sumber: Jodoh Tak Lekat, Salah Siapa?
Leave a Reply