Mari Turunkan Berat Badan & Jalani Hidup Lebih Sihat

Ramai orang mahu cergas dan mengekalkan berat badan ideal. Malangnya, tidak ramai yang tahu atau ambil tahu apakah cara atau komitmen yang diperlukan untuk mencapai impian itu. Setiap kali tahun baru muncul, 99% daripada kita akan bertekad untuk mengurangkan berat badan tetapi kurang 5% yang komited dan bersungguh-sungguh melakukannya. 

Mari lihat beberapa nasihat dan tip untuk menjadikan tubuh badan kita lebih baik, lebih sihat dan sedap dipandang. 

Apabila umur semakin meningkat, realitinya memang agak sukar untuk mengekalkan bentuk tubuh yang baik. Untuk tujuan ini, individu diperlukan untuk mengawal diri dan berdisiplin dalam pengambilan makanan dan senaman. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda perlu pergi ke gimnasium selalu dan makan salad hijau setiap hari.

Ada cara lain yang boleh dicuba untuk mengekalkan kecergasan yang baik. 

Merancang Rutin Kecergasan

Memetik kata-kata Benjamin Franklin ‘If you fail to plan, you are planning to fail.‘ Dengan merancang rutin kecergasan yang baik dan anda komited kepadanya secara konsisten, tentu hasilnya tidak mengecewakan. Masukkan aktiviti-aktiviti seperti berjalan, berlari, atau berenang mengikut hari yang ditetapkan dan lakukannya seperti yang dirancang.  

Untuk memperoleh hasil kecergasan yang lebih baik, adalah disarankan agar mengukur pencapaian menggunakan jurnal ataupun Aplikasi yang tersedia seperti Google Fit, Nike Training Club, Strava dan banyak lagi. 

Dengan pemantauan lemak badan, saiz pinggang, jarak larian, penurunan berat badan, diri akan termotivasi  untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Semak bacaan-bacaan ini selalu dan pastikan anda mencapai matlamat atau tidak terlalu jauh daripadanya. Andai terculas, gantikan dengan bersenam lebih sedikit pada hari seterusnya.  

Pergi Gimnasium

Untuk yang berkemampuan, melanggani gimnasium ialah sangat bagus untuk anda terus komited kepada rutin kecergasan kerana apabila anda berada di gimnasium, segala peralatan senaman tersedia dan anda boleh menggunakannya samada dengan bantuan jurulatih atau secara kendiri. Banyak juga program aktiviti senaman yang ditawarkan seperti berbasikal pegun, yoga, dan sebagainya yang boleh dicuba jika anda sukakan aktiviti bersenam secara berkumpulan.  

Berjalan baik untuk kecergasan tubuh badan

Berjalan

Berjalan ialah senaman fizikal yang digemari ramai dan ia sebenarnya ialah cara yang bagus untuk mengekalkan kecerdasan tubuh. Berjalan meningkatkan peredaran darah, membakar kalori dan meregangkan otot-otot anda. Ketika berjalan, tambahkan kelajuan dan fokus kepada senaman yang sedang dilakukan. Pastikan juga anda berjalan dengan tegak dan  bukan membongkok atau senget ke hadapan atau ke belakang. Dengan mengekalkan postur tubuh yang baik, anda mengurangkan risiko kecederaan urat belakang ketika berjalan. 

Gabungkan angkat berat dalam rutin kecergasan harian

Angkat Berat

Gabungkan angkat berat ke dalam rutin senaman anda kerana ianya sangat penting.  Tidak perlulah mengangkat berat seperti profesional, tetapi anda digalakkan untuk memberi perhatian kepada senaman yang menggunakan pemberat kerana ia akan mengencangkan otot dan menjadikannya berfungsi dengan lebih berkesan. Angkat berat memberi impak positif kepada kecergasan keseluruhan dan kesihatan yang baik walaupun anda melakukannya di tahap latihan angkat berat yang sederhana sahaja. 

Buat Kardio!

Pastikan anda jangan tinggal senaman kardio! Senaman kardiovaskular memudahkan pembakaran kalori, menambah kadar degupan jantung dan memperbaiki sistem imun diri. Zon kadar degupan jantung rendah akan membakar lemak lebih banyak, dan zon kadar degupan jantung tinggi akan membuatkan jantung anda lebih kuat. Jadi, gabungkan kedua cara ini untuk senaman yang lebih berkesan. Boleh cuba senaman HIIT – High Intensity Interval Training bagi gabungan senaman kardio yang hebat. 

Tidur Yang Cukup

Untuk mempunyai tubuh yang sihat dan seimbang, tidur yang cukup itu penting. Tubuh memerlukan 8 jam tidur untuk mengekalkan sistem imun yang baik dan membantu individu menangani tekanan harian. Banyak kajian telah mengaitkan tidur tidak cukup dengan obesiti. Oleh itu, untuk hidup yang lebih sihat, tidurlah secukupnya. 

Minum satu hari 2 liter air kosong

Minum Air

Kecergasan fizikal yang sihat juga memerlukan air yang cukup kerana air meningkatkan tahap kesihatan dan membantu pencernaan tubuh setiap hari. Seorang dewasa disarankan untuk minum air 2 liter sehari, dan amalan ini juga mampu mengurangkan berat badan.

Selain bersenam, cara hidup juga perlu diperbaiki. Elakkan mengambil makanan ringan dan makanan yang diproses dengan kerap. Kurangkan pengambilan gula dan kabohidrat dan penuhkan peti ais dengan bahan-bahan organik, buah dan sayur-sayuran. Jika masih merokok, pertimbangkanlah untuk berhenti kerana merokok memberi kesan yang negatif kepada keseluruhan kesihatan terutama sekali paru-paru anda. 

Setiap kita pasti membayangkan bentuk tubuh yang kita impikan. Mungkin tidaklah berketak-ketak sado macam Dwanye Johnson, tetapi sekurang-kurangnya sedap dipandang mata dan kita selesa dengan tubuh sendiri setiap hari. Dengan memberi komitmen kepada kecergasan, kita mampu menikmati kehidupan yang lebih sihat dan memudahkan kita untuk beribadat kepada Allah SWT walaupun umur kita sudah meningkat tua nanti.  

Mari mula turunkan berat badan dengan cara yang disarankan di atas dan walaupun kita berjaya mengurangkan hanya 1kg sebagai permulaan, perasaan suka dan bangga memang ada. 

Sumber: Free Guest Posting Articles from ArticlesFactory.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: