Doa-Doa Para Rasul Di Dalam Al-Quran

Ma’al Hijrah baru sahaja disambut dan sekarang kita sedang berada di dalam salah satu bulan haram di dalam Islam iaitu bulan Muharram. Adalah disarankan agar kita mengambil ruang dan peluang di dalam bulan yang suci dan penuh keberkatan ini untuk melakukan penghijrahan diri iaitu dari sudut kualiti ibadah dan juga hijrah dari segi kualiti akhlak.

Di dalam kita melakukan ibadat dan amalan-amalan soleh, janganlah lupa memanjat doa ke hadrat Ilahi agar dipermudahkan segala urusan dan agar semua amalan kita diterima olehNya. Terdapat banyak doa-doa para Rasul dan Nabi yang disebut di dalam Al-Quran.

Mymuslimin menyenaraikan 8 doa para Rasul yang boleh diamalkan di dalam kehidupan kita seharian. Semoga bermanfaat, insya Allah.

Doa Nabi Adam (AS) Memohon Keampunan 

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Rabbana dholamna Anfusana wa inlm taghfir lana wa tarhamna lanakunanna minal khasirin.

“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiayi diri kami sendiri dan kalau Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.” (Surah Al-A’raf : 23)

Doa Nabi Ibrahim (AS) Memohon Diterima Segala Amalan

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Rabbana taqabbal minna innaka ‘antas sami’ul ‘alim

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, terimalah dari kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 127)

Doa Nabi Yunus (AS) Memohon Kemaafan

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Laa ilaaha illaa anta, subhaanaka, innii kuntu minadz dzaalimiin

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri dan aku termasuk golongan orang yang zalim.” (Surah Al Anbiya; 87)

Doa Nabi Ayub (AS) Meminta Kesembuhan

رَبَّهٗٓ اَنِّيْ مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَاَنْتَ اَرْحَمُ الرّٰحِمِيْنَ

Rabbi ‘annii massaniyadh-dhurru wa ‘anta ‘arhamur-raahimiina

“Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.” (Surah Al-Anbiya: 83)

Doa Nabi Nuh (AS) Meminta Perlindungan 

رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Rabbi inni audzubika an as alaka maa laisalli bihi ilmun wa illam tagfirli watarhamni akum minal khosirin

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mengetahui pemgetahuan mengenainya, dan jika Engkau tidak mengampuni dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang–orang yang rugi.” (Surah Hud : 47)

Doa Nabi Musa (AS) Meminta Dilancarkan Lisan

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Rabbish rahli sidri wayassir li amri waahlul uqdatan min lisani yafqahu qawli

“Ya Tuhanku lapangkanlah dadaku, dan lancarkanlah lidahku serta mudahkanlah urusanku.”(Surah Taa Haa: 25-28)

Doa Nabi Muhammad (SAW) Meminta Kebaikan

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbana atina fil dunya hasanah wa fil akhiroti hassanah wa qina adza bannar

“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah Al Baqarah: 201)

Doa Nabi Muhammad (SAW) Meminta Dikuatkan Iman

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ

Rabbana latuzig qullubana ba’daidz haddaitana wahabblana miladunka, rohmatan innaka antal wahab

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya.” (Surah Ali Imran: 8)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: