Kenali Masjid Sultan di Singapura

Terletak di Kampung Gelam, Masjid Sultan merupakan mercu kebanggaan masyarakat Islam di Singapura dan sering menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia. Dibina buat Sultan Singapura, Sultan Hussein Shah pada 1824, ia pada mulanya berupa seperti masjid biasa di Nusantara yang berbumbung piramid lapis tiga yang merupakan senibina umum pada ketika itu.

Masjid Sultan sering menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia

Seratus tahun kemudian, masjid ini telah dibina semula oleh jurubina Denis Santry dari firma Swan & Maclaren, yang mengambil inspirasi masjid dari benua India dan tanah Arab yang menggabungkan ciri menara dan birai. Pembinaan semula Masjid Sultan ini mengambil masa lebih kurang 4 tahun dan telah dibuka semula pada tahun 1928.

Pada 14 Mac 1975, Masjid Sultan ini telah digazetkan sebagai Monumen Kebangsaan Singapura.

Sumber: Wikipedia, VisitSingapore. Semua gambar oleh mymuslimin.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: