Ketua Yang Baik Ada 8 Ciri Ini

Oleh: mymuslimin.com

Ada orang dilahirkan mempunyai sifat kepimpinan semulajadi yang menyerlah. Ada orang yang belajar daripada pengalaman dan berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik berdasarkan tip-tip yang mereka pelajari. Sifat kepimpinan yang baik akan mewujudkan pasukan yang baik, bervisi, berdisiplin dan mampu mengharungi cabaran yang mendatang dalam melaksanakan tugasan yang diberi.  

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 21, yang maksudnya “Demi sesungguhnya, adalah bagi kalian pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (rahmat) Allah dan (balasan baik) pada Hari Akhirat, serta dia juga menyebut-nyebut dan mengingati Allah sebanyaknya (ketika masa susah dan senang).” 

Baginda SAW bukan sahaja pemimpin yang dihormati malah disayangi semua. Dengan mengetahui sirah Rasulullah SAW, seorang ketua pasti akan dapat belajar tentang sifat-sifat kepimpinan yang Baginda SAW praktikkan. Kesemua ciri yang disenaraikan di sini dimiliki oleh Rasulullah SAW sebagai pemimpin hebat. Marilah kita berusaha untuk menjadi ketua yang baik untuk kebaikan semua. 

Ketua yang Baik itu Bervisi 

Manusia mudah didorong oleh visi yang hebat dan bersedia memainkan peranan dalam menjayakan visi tersebut kerana mereka mahu sebahagian daripada sesuatu yang penting. Ketua yang memberi inspirasi lebih diutamakan berbanding ketua yang tiada visi kerana menjadi pengikut ketua yang tiada visi tidak memberi impak dan semangat kepada pasukannya kerana tujuan yang perlu dicapai tidak jelas.  

Ketua yang Baik itu Baik

Pemimpin yang baik tidak akan menyakiti pasukannya atau orang-orang yang berurusan dengannya. Baik seorang ketua itu akan memudahkannya untuk mengarah, menasihati dan memberi inspirasi kepada mereka yang berada di sekelilingnya. Ketua yang mudah melenting, suka merendah-rendahkan pasukannya, bukanlah ketua yang baik dan digemari, dan sifat ini akan membuatkan pasukannya menjauhkan diri dan menyukarkannya untuk memimpin pasukan. 

Ketua yang emosi akan dijauhi

Ketua yang Baik itu Tidak Ego

Tegas dan bijak membuat keputusan itu bukan ego, itu sifat yang diperlukan daripada seorang ketua. Ego ialah apabila seorang ketua itu tidak mengakui kesilapannya walaupun dia tahu dia sudah silap. Ini sering berlaku kerana ketua tidak mahu malu atau dilihat kurang bijak oleh pasukannya. Ketua yang baik menerima kesilapan dan membetulkan kesalahannya itu untuk kemaslahatan semua kerana mencapai misi dan visi pasukan itu seharusnya lebih besar berbanding perasaan egonya.  

Ketua yang Baik itu Menjadi Sebahagian Daripada Pasukan 

Bagaimana untuk memimpin jika seorang ketua itu hanya tahu mengarah-arah dan tidak kisah dengan situasi pasukannya. Ketua yang hanya ingin duduk di atas takhta dan tidak mahu turun mengenali mereka yang bekerja dengannya bukan ketua yang baik. Ketua yang baik perlu membina perhubungan, membangunkan pasukannya supaya mereka boleh mencapai objektif yang diinginkan. Ini tidak bermakna ketua perlu membuat segala kerja bersama dengan pasukannya tetapi ketua perlu tahu ahli pasukannya, siapa mereka, dan masalah yang dihadapi pasukan supaya apabila mereka meminta bantuan, ketua memahami dan membantu menyelesaikannya tanpa menyalahkan sesiapa.  

Ketua perlu membawa pasukan menuju kejayaan

Ketua yang Baik Pandai Berkomunikasi

Berkomunikasi bukan bermakna pandai berucap di atas pentas, berkomunikasi ialah tahu apa yang berlaku di sekelilingnya dan pandai melaraskan kata-kata supaya tiada ahli pasukan yang terasa terluka atau apabila dia berbicara. Jawatan ketua bukan tiket untuk seseorang bercakap mengikut emosi, malahan label ketua perlu menjadikan seseorang itu lebih peka dengan konteks bicaranya.  

Ketua yang Baik Pandai Mengagih Kerja

Ketua yang baik bukan seorang yang menyibuk untuk melakukan kerja orang lain dalam pasukannya untuk membuktikan yang dia boleh melakukannya dengan lebih baik. Ketua yang selalu membuat kerja-kerja pasukannya ialah ketua yang tidak tahu mengagih kerja. Ahli pasukan perlu tahu tugasan masing-masing dan melakukannya dengan baik, kerana mendapat arahan yang jelas dan telah dilatih oleh ketua yang baik. 

Ketua yang Baik Membuat Semua Orang Rasa Penting

Semua orang ada maruah, keinginan untuk dilihat dan dihormati oleh ahli pasukan dan ketuanya. Ketua yang baik tahu bagaimana untuk membuat setiap orang di dalam pasukannya rasa penting dan disayangi. Ketua jangan meremehkan sesiapa kerana apabila ketua yang memulakan, ini memberi ‘lesen’ kepada yang lain untuk bersikap serupa. Adalah menjadi tanggungjawab ketua untuk melayan setiap ahli pasukan dengan rasa hormat dan profesional. 

Ketua yang Baik Mempunyai Akhlak yang Baik

Bagaimana untuk mengetuai dan memimpin dengan akhlak yang buruk? Natijahnya semua pengikut samada akan mengikut perangai ketuanya atau melarikan diri dari ketuanya. Kedua-duanya tidak membawa kepada kebaikan. Jadi apabila menjadi seorang ketua, akhlak kita perlu diperbaiki supaya kita menjadi teladan kepada semua. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: