mymuslimin.com akan membawakan siri Asmaul Husna dengan merujuk kepada buku nukilan Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat “Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup”.
Asmaul Husna merupakan kumpulan 99 nama Allah SWT yang terbaik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Daripada Abu Hurairah RA telah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang baik, kurang satu jumlahnya seratus. Barangsiapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk ke dalam syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil (Esa) dan Dia menyukai bilangan yang ganjil.” – HR Bukhari
Kefahaman kukuh tentang nama-nama Allah SWT akan menyedarkan jiwa tentang kebesaran dan kehebatan Allah SWT, lantas kita ini sebagai hamba-Nya akan bebas daripada perasaan bimbang dan takut dengan makhluk lain selain Allah SWT, dan timbulnya keyakinan sehingga tiada lagi ada kebergantungan hidup kecuali bergantung kepada naungan Allah SWT.
Leave a Reply