Mencari Roti Canai Pelangi di Kuala Selangor

Mencari sarapan pagi sehingga ke Kuala Selangor memang kedengaran sedikit keterlaluan terutama kepada orang Lembah Klang, tetapi jika hidangan yang ditawarkan memuaskan hati, apa salahnya! Meriahkan hujung minggu anda dengan pilihan roti canai yang pelbagai daripada Warung Dimyati Roti Canai Pelangi yang terletak di Kampung Sungai Yu di Kuala Selangor.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke restoran ini mengambil masa lebih kurang sejam setengah di pagi hari Sabtu.

Meriah suasana restoran ini semeriah roti canainya

Roti Canai Pelangi ini sudah dipasarkan selama 4 tahun lamanya semenjak 2018 lagi. Yang pasti, ini bukan sekadar gimik warna-warna roti persis pelangi, roti di sini memang lembut dan garing-garing di luar yang membuatkan seorang pengunjung akan makan lebih daripada sekeping!

Perisa roti canai yang ditawarkan ada enam termasuk roti canai asli yang berwarna biasa, roti keladi berwarna biru, warna oren mewakili perisa oren, warna kuning berperisa jagung, roti hijau berperisa epal, dan merah muda berperisa strawberi. Perisa-perisa yang ditambah di dalam adunan tepung roti itu tidaklah kuat rasanya tetapi ada memberi sedikit kelainan kepada keseluruhan pengalaman. Setiap keping roti berharga RM1.50.

Kalau tengah lapar memang teruja melihat warna-warna roti pelangi ini

Untuk menambah kelazatan ketika menikmati roti pelangi, pelanggan diberi pilihan untuk memilih kari daging, kari kambing atau kari kaki ayam dengan bayaran tambahan RM3-RM6 semangkuk kecil. Sedap karinya, pedas dan berperisa! Kuah dhal diberi secara percuma.

Bukan roti canai sahaja yang ada

Pengalaman makan di Warung Dimyati Roti Canai Pelangi ini menyeronokkan bagi kami kerana sistemnya yang teratur. Roti-roti canai panas telah tersedia dan pelanggan hanya perlu beratur untuk memilih roti idaman hati. Kawasan kedai juga luas dengan pengudaraan yang baik. Di hari kami pergi, ada nyanyian live dari buskers sebagai penambah ceria suasana.

Operasi kedai teratur dan menyenangkan

Warung Dimyati Roti Canai Pelangi juga memahami citarasa pelanggan masa kini yang suka merakam detik-detik indah ini di media sosial masing-masing. Lantas disediakan sudut-sudut bergambar sebagai kenangan untuk pengunjung. Jika ditanya berbaloi atau tidak? Kami tentu sekali nak pergi lagi kerana roti pelanginya sedap-sedap belaka.

Kerak-kerak atas roti canai digabung dengan lembutnya adunan roti canai, lazat.

Hidangan pagi lain seperti nasi lemak berlauk-pauk, beraneka roti bakar, laksam, dan mi juga ditawarkan termasuk kuih-muih tradisional seperti tapai, pulut sambal, punten dan kuih bakar.

Warung Dimyati Roti Canai Pelangi
Lot 2430 Batu 3 Kampung Sungai Yu 1, Kampung Sungai Yu, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Buka: 7 pagi – 12 tengahari
Tutup: Isnin dan Jumaat

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: