Kasih sayang Allah SWT itu maha luas, dan tidak terbanding dengan kasih sayang yang ada dalam diri manusia. Salah satu nama Allah ialah Ar-Rahman yang membuktikan bahawa Allah SWT itu amat luas kasih sayang-Nya kepada makhluk yang diciptakannya, termasuklah manusia. Rasulullah SAW telah dinisbahkan sebagai kekasih Allah SWT. Hatta, telah disediakan syurga untuk mereka mendapat kasih sayang Allah SWT sebagai pembalasan abadi.
Oleh itu, manusia yang bijak ialah mereka yang sentiasa menghargai kasih sayang Allah SWT terhadapnya dan sentiasa berusaha untuk bertaqwa kepada Allah Yang Esa. Manusia yang bijak ini tidak akan jemu untuk berusaha dan mempertingkatkan kualiti diri melalui pelbagai amalan dan ibadah yang dapat mengundang kasih sayang Allah SWT.
Untuk memperoleh kasih sayang Allah SWT, perlulah manusia melakukan perkara-perkara tersebut:
- Saling sayang-menyayangi sesama hamba
- Suami isteri yang mengamalkan solat malam berjemaah
- Menghubungkan silaturrahim
- Berbakti kepada ibu bapa
- Solat malam dan membaca Al-Quran dengan harapan mudah-mudahan Allah SWT menurunkan rahmat-Nya
Pilihlah jalan yang tepat untuk memperolehi kasih sayang Ar-Rahman.
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Leave a Reply