Kepada Ayah: Praktikkan Pesanan Luqman al-Hakim Kepada Anaknya

Luqman al-Hakim merupakan seorang yang disebut namanya di dalam al-Quran yang terkenal dengan nasihat-nasihatnya kepada anaknya sehingga Allah turunkan satu surah yang dikenali dengan Surah Luqman. Firman Allah SWT dalam Surah Luqman ayat 12 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan.”

Pesanan-pesanan Luqman al Hakim kepada anaknya telah disebut di dalam Surah Luqman seperti yang disenaraikan di bawah:

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. (Luqman 31:13) 

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.” (Luqman 31:16) 

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.” (Luqman 31:17)

“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (Luqman 31:18)

“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”. (Luqman 31:19) 

Dan disenaraikan juga nasihat Luqman selain daripada yang disebut di dalam Surah Luqman. Antaranya:

Wahai anakku! Sebenarnya dunia itu ibarat lautan yang dalam. Sudah ramai mansuia yang tenggelam di dalamnya. Oleh itu, jadikanlah perahumu di dunia dengan pakaian bertaqwa kepada Allah, penumpangnya adalah keimanan dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah. Semoga kamu semua selamat. Tetapi aku tidak yakin kamu akan selamat.

Sesiapa yang dapat menasihati dirinya sendiri, pasti beliau akan mendapat pemerhatian daripada Allah.

Sesiapa yang dapat menyedarkan orang lain dengan dirinya sendiri, pasti Allah akan menambah kemuliaannya kerana proses menyedarkan orang lain itu.

Hina dalam rangka taat kepada Allah lebih baik daripada membanggakan diri melakukan maksiat.

Wahai anakku! janganlah kamu bersikap terlalu manis kerana pasti engkau ditelan. Jangan kamu bersikap terlalu pahit kerana engkau pasti akan dimuntahkan.

Hai anakku! Jika kamu hendak menjadikan seseorang itu sebagai teman maka hendaklah kamu membuat dia marah kepadamu terlebih dahulu. Jika dia memaafkan ketika marah, maka bersaudaralah dengannya. Jika dia tidak memaafkanmu, maka berhati-hati terhadap dirinya.

Ini merupakan nasihat-nasihat yang tidak ditelan zaman. Semoga nasihat-nasihat ini dapat kita praktikkan dalam kita membesarkan anak-anak dalam zaman yang serba mencabar ini. Insya Allah. 

Sumber: Adakah Luqman seorang Nabi? 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: