Subang Jaya, 19 Ogos 2022 – PROTON melancarkan Proton Exora 2023 secara rasmi di PROTON KEB Auto Sdn Bhd TTDI Kajang, Selangor hari ini. MPV tujuh tempat duduk milik pengeluar kereta nasional itu telah menerima kemas kini untuk model tahun 2023 yang terdiri daripada penggayaan serba baharu yang merangkumi ciri-ciri penjualan uniknya iaitu Reka Bentuk Luar Biasa, Ruang Yang Besar, Kepintaran Luar Biasa dan Prestasi Menakjubkan.
”Proton Exora, MPV buatan Malaysia pertama yang telah direka dan dibina dengan memikirkan keperluan rakyat Malaysia. Kemas kini terbaru pada Proton Exora 2023 yang merupakan produk terkemuka dalam kelasnya ini telah dinaik taraf dan membuatkan ianya lebih baik untuk semua pemandu dan juga penumpang, merentasi pelbagai aplikasi dengan fokus untuk mengukuhkan ciri kuasa, ruang dan nilai. Dengan lebih 180,000 unit terjual sepanjang 13 tahu, Proton Exora adalah MPV segmen C dengan penjualan terbaik setakat ini, sehingga hari ini masih mengekalkan kedudukannya.” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

Serlahkan kehadiran anda dengan Rekaan Luar Biasa – Proton Exora 2023 telah dikemas kini di bahagian luaran dalam bentuk logo PROTON baharu di gril hadapan dan belakang. Untuk menyerlahkan penampilan sporty, ia dilengkapi dengan lampu LED cahaya siang, roda aloi 16” dalam kemasan dwi-tona, skirting sisi dan spoiler belakang. Bumbung hitam dengan hiasan belakang berwarna hitam memberikan penampilan tersendiri di atas jalan raya bagi Proton Exora 2023.

Lebih luas untuk kesemua perjalanan hidup – Kabin yang luas dengan tujuh tempat duduk kulit, stereng pelbagai fungsi yang dibaluti kulit dan tempat letak tangan bahagian pemandu dan penumpang hadapan memberikan sentuhan mewah dan selesa. Ciri penting untuk sebuah MPV, setiap barisan tempat duduk dilengkapi dengan penghawa dingin individu untuk penyejukan optimum dengan Penapis Kabin N95, dipasang sebagai standard untuk meningkatkan kualiti udara.

Kepintaran luar biasa di bahagian tengah – Sistem infotainmen dengan monitor skrin sentuh 7” dan Perintah Suara ”Hi PROTON” yang kini popular. Navigasi dalam talian, penstriman muzik, ramalan cuaca, 4G dan Wi-Fi membolehkan pengalaman multimedia yang mewah. Tambahan lagi, sistem ini mempunyai sambungan telefon pintar untuk mencerminkan pautan dengan peranti Android. 2 port USB tersedia untuk mengecas peranti elektronik anda.
Prestasi yang unggul dipasangkan dengan ciri keselamatan yang boleh dipercayai – Di bawah hud Proton Exora 2023 ialah enjin pengecas turbo 1.6 liter yang dipasangkan dengan transmisi CVT, yang menjana kuasa 140PS dan tork 205Nm. Ditambah dengan pengendalian PROTON untuk memberikan pengalaman pengembaraan dalam mana-mana pemanduan.
Dari segi keselamatan, Proton Exora 2023 telah dilengkapi dengan dua beg udara SRS hadapan, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS). Memberi keyakinan yang tinggi dengan kamera undur dan sensor parkir belakang.

Proton Exora 2023 kini telah dibuka untuk tempahan dalam talian dan di pusat pameran PROTON yang sah. Ia boleh didapati dalam lima warna yang menarik – Snow White, Indiana Grey, Rosewood Maroon, Ruby Red & Cocoa Grey.
Harga jualan bermula dari RM62,800 (Semenanjung Malaysia), RM65,300 (Sabah & Sarawak) untuk versi Executive hingga RM69,800 (Semenanjung Malaysia), RM72,300 (Sabah & Sarawak) untuk versi Premium. Harga yang disebutkan ialah harga atas jalan tidak termasuk insurans.
Leave a Reply