Al-Malik bermaksud Raja. Allah SWT adalah sebenar-benar Raja. Pencipta langit dan bumi serta seluruh angkasaraya dan berkuasa di atas ciptaan-Nya.
- Allah Gagah Perkasa Lagi Berkuasa
- Dia tidak memerlukan bantuan pihak lain untuk menjalankan urusan-Nya.
- Dia tidak memerlukan ketaatan manusia terhadap perintah-Nya, ingkar manusia tidak akan mengurangkan kemuliaan-Nya walaupun sedikit.
Manusia perlu belajar daripada sifat ini untuk tidak memerlukan pergantungan daripada orang lain melainkan Allah SWT. Apabila kita terlalu bersandar kepada orang lain, orang akan menjadi benci kepada kita, dan berkemungkinan akan hilang harga diri kerana sering meminta-minta.
Sikap berdikari akan mendorong manusia untuk memajukan diri dalam kehidupan dan tidak menjadi insan yang menyusahkan orang lain.
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Leave a Reply