Restoran Udang Galah Teluk Intan: Meriah Dengan Pilihan!

Namanya sahaja sudah mampu membuka selera. Belum sampai lagi sudah terbayang-bayang udang galah yang gemuk-gemuk segar sebagai lauk utama. Restoran ini terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan, berdekatan dengan menara condong yang boleh dikunjungi untuk bergambar selepas menjamu selera.

Google atau Waze sahaja untuk ke restoran ini

Walaupun namanya Restoran Udang Galah, jangan khuatir kerana terdapat beraneka lauk lain yang boleh dipilih selain daripada hidangan udang galah atau dijadikan sebagai lauk tambahan kepada hidangan udang galah.

Sewaktu kami di sana, hidangan udang galah yang ditawarkan hanyalah masak sambal petai (sepinggan RM26). Udang galahnya segar, masakan sambalnya terasa pedas manis, sedap diadun dengan sambal belacan untuk lebih pedas. Hidangan Kari Kepala Ikan (Sepinggan RM20) juga mendapat sambutan hangat di sini, lihat sahaja bagaimana kepala ikan itu diatur kemas menunggu untuk dituang kari panas ke atasnya.

Selain itu terdapat banyak pilihan lauk-lauk kampung seperti rebung masak lemak, pucuk ubi celur, kerabu kelapa, ikan masak taucu, ikan keli goreng, lala pedas manis, nangka masak lemak, sup ayam. Peminat-peminat ulam-ulaman bolehlah memilih macam-macam ulam yang disediakan dan sambal belacan, kuah asam dan juga sambal kicap tersedia sebagai pelengkap hidangan.

Harga hidangan utama berharga lebih RM20. Tetapi, sepinggan nasi dan lauk-lauk lain tidaklah semahal mana dalam sekitar RM3-RM6 sepinggan sahaja. Kalau singgah di Teluk Intan, bolehlah merasa. InsyaAllah.

Restoran Udang Galah Teluk Intan
1918, Jalan Sekolah, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
Buka: 7 pagi hingga 6 petang
Tutup: Ahad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: