Allah SWT bernama Al-Quddus iaitu Tuhan yang disembah dan dipuja adalah Zat yang suci bersih daripada sebarang anasir yang tidak baik dan bebas daripada sebarang cacat-cela.
Setiap lawan kepada kesempurnaan Zat Allah Yang Maha Agung itu bererti kecacatan. Bodoh adalah cacat kerana ia lawan kepada bijaksana, miskin lawan kepada kekayaan, hina lawan kepada kemuliaan dan begitulah seterusnya.
Apabila kita menyebut Asma Allah yang Quddus, maka kita ialah hamba kepada Allah yang Maha Suci daripada sebarang kecacatan atau kekurangan seperti contoh yang diberi di atas.
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Leave a Reply