Muslimin, Elakkan 4 Perkara Ini

Dalam buku Don’t Be Sad, Dr A’id Al-Qarni menyenaraikan 4 perkara yang hanya akan membawa kesengsaraan ke dalam hati manusia jika dilakukan. Renungkan 4 perkara ini dan berazamlah untuk tidak melakukannya. Ianya tidaklah sesukar mana, yang penting tekad kita. 

1. Bersungut, tidak puas hati, marah dengan apa yang Allah SWT telah takdirkan.

Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita tidak berlaku secara rawak. Segalanya telah ditulis dan ditakdirkan. Lantas, jangan merungut, bersungut dan marah, sebaliknya mengambil iktibar dan mempelajari apa yang sepatutnya kita lakukan untuk memperbaiki diri kita supaya kita berjaya di dunia dan di akhirat. 

Rasulullah SAW mengajar kita prinsip ini: “Jagalah Allah nescaya engkau akan mendapati-Nya di hadapanmu. Ingatlah Allah pada waktu lapang nescaya Dia akan mengingatimu pada waktu sulit. Ketahuilah bahwa apa yang tersasar daripadamu sememangnya ditetapkan tidak akan menimpamu, dan apa yang menimpamu sememangnya ditetapkan tidak akan tersasar daripadamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu datang dengan kesabaran, jalan keluar datang setelah cubaan manakala kesenangan datang sesudah kesusahan.” [HR Nawawi 19]

2. Melakukan dosa tanpa bertaubat selepasnya.

Dari mana datangnya (kemalangan) ini? “Katakanlah (wahai Muhammad): “Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)“. (Ali Imran 3:165)

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa)” (Asy-Syuura 42:30)

Lalai menjadikan kita ini manusia yang tidak peka dengan perbuatan kita. Di samping kita mengelakkan diri daripada melakukan dosa setiap hari, kita juga perlu muhasabah diri dan melihat kembali apakah yang telah kita lakukan yang mungkin berdosa di sisi Allah SWT. Dan, bertaubatlah, kerana Allah SWT itu Maha Pengampun Maha Mengasihani. 

3. Membenci orang lain yang telah Allah SWT kurniakan rahmat. 

“Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya?” (An-Nisa 4:54)

Rezeki setiap manusia itu telah ditetapkan, dan janganlah kita cemburu dengan rezeki dan rahmat yang Allah SWT limpahkan kepada makhluknya. Sebaliknya, kita perlu renungkan dan mensyukuri segala nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita.

4. Lalai dalam mengingati Allah SWT

Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit..” (Taha 20:124)

Manusia zaman ini terlalu sibuk dengan urusan dunia, lantas, mengabaikan ingatan kepada Allah SWT. Luangkan masa yang Allah SWT beri untuk berzikir kepada-Nya.

“…dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi.” (Ali Imran 3:41)

Untuk mencari ketenangan, kembalilah kepada Allah SWT

Hamba Allah – setiap seorang daripada kita – hanya mampu memperoleh ketenangan dengan kembali kepada Allah SWT, yang menyebut tentang ketenangan dalam banyak surah dalam Al-Qur’an. 

lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman…”(Al-Fath 48:26)

lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka…” (Al-Fath 48:18)

Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman.”. (At-Taubah 9:26)

Ketenangan bererti mempunyai hati yang tenang dan kepercayaan yang teguh kepada Allah SWT. Ketenangan ialah berada dalam keadaan aman dan damai yang dikecapi oleh mereka yang beriman, yang telah diselamatkan daripada keraguan. Oleh kerana hampirnya seseorang kepada Allah SWT dan keteguhan hati mereka dalam mematuhi sunnah Rasulullah SAW, mereka ini akan mencapai ketenangan dan kedamaian.

Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat..” (Ibrahim 14:27)

Sumber: Don’t Be Sad – Dr. A’id Al-Qarni

One thought on “Muslimin, Elakkan 4 Perkara Ini

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: