Peminat briyani gam dan hidangan masakan Johor, mymuslimin.com mencadangkan Nasi Briyani Gam An Nur yang terletak di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Dikenali sebagai Briyani Johor Paling Sedap di KL, Nasi Briyani Gam An Nur memenuhi jangkaan!
Restoran ini menawarkan Nasi Briyani Gam Ayam (RM14), Nasi Briyani Gam Daging (RM16) dan Nasi Briyani Gam Kambing (RM18) yang dijual hanya pada Selasa, Rabu dan Ahad, hanya pada waktu makan tengahari.
Pada hari-hari biasa, semua briyani lain ada. Briyani Johor Kambing (RM16), Briyani Johor Ayam Merah (RM12), Briyani Johor Ayam Goreng Berempah (RM12), Briyani Johor Ayam (RM12), Briyani Johor Daging (RM14).
Selain hidangan briyani, Mee Bandung Muar (RM8), Mee Rebus Johor (RM7) dan Laksa Johor (RM8) juga ditawarkan.


Nasi Briyani Gam Kambing di sini cukup perisa dengan ketulan daging kambing yang banyak, lembut dan lazat. Hidangan ini datang dengan acar buah, papadom dan juga kuah dhal. Laksa Johornya pula cukup rasa, cukup semua. Alhamdulillah.

Restoran ini terletak di dalam deretan kedai-kedai makan popular di Kampung Baru, dan untuk yang mencuba briyani gam di sini, jangan lupa yang ianya hanya ada pada hari Selasa, Rabu dan Ahad waktu makan tengahari sahaja.
Nasi Briyani Gam An Nur
Dang Wangi, 15, Jalan Raja Muda Musa,
Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Leave a Reply