Kejadian penipuan terhadap orang ramai (scam) oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kini semakin menjadi-jadi. Menurut laporan, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan bagi tahun 2022 sehingga Julai lalu sahaja, adalah sebanyak 13,137 kes, dengan jumlah keseluruhan kerugian yang dicatatkan melebihi RM427 juta.
Terkini, pihak Tabung Haji telah membuat hantaran di media sosial yang memberi amaran kepada para pendeposit TH agar tidak menjadi mangsa scam.
Menurut hantaran tersebut: “Pendeposit TH dinasihati untuk sentiasa berhati-hati dengan panggilan atau pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang meminta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor Akaun TH.”
Orang ramai diminta agar sentiasa berjaga-jaga supaya tidak menjadi mangsa, dan turut sama menyebarkan maklumat dan peringatan dari pihak berkuasa.
Leave a Reply