Ketika Ibrahim bin Adham, seorang ulama Salaf terkenal berada di Basrah, Iraq, beberapa orang penduduknya datang bertanya kepadanya kerana beliau dikenali sebagai orang soleh. Kata mereka, Allah SWT telah berfirman dalam Surah Ghafir (40: 60) yang bermaksud “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…” Namun, kami telah berdoa tetapi kami tidak terlihat hasilnya, kami tidak melihat doa kami dikabulkan oleh-Nya. Dia menjawab, “Itu kerana hatimu mati”. Allah SWT hanya menyeru orang yang hidup. Ini lima penyebab doa seseorang tidak terkabul menurut Ibrahim bin Adham.
Personaliti ‘Ibadurrahman dalam Al-Qur’an
‘Ibadurrahman ialah hamba Allah yang hidup dengan ketaatan kepada-Nya, Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Surah Al-Furqan ayat 63-77 telah menyenaraikan 12 sifat seorang ‘Ibadurrahman, iaitu sifat-sifat contoh seorang mukmin yang dituntut oleh Islam.