5 Penyebab Doa Tidak Terkabul

Ketika Ibrahim bin Adham, seorang ulama Salaf terkenal berada di Basrah, Iraq, beberapa orang penduduknya datang bertanya kepadanya kerana beliau dikenali sebagai orang soleh. 

Kata mereka, Allah SWT telah berfirman dalam Surah Ghafir (40: 60) yang bermaksud “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…” Namun, kami telah berdoa tetapi kami tidak terlihat hasilnya, kami tidak melihat doa kami dikabulkan oleh-Nya.

Dia menjawab, “Itu kerana hatimu mati”. Allah SWT hanya menyeru orang yang hidup.

Ini 5 penyebab doa seseorang tidak terkabul menurut Ibrahim bin Adham.

Pertama, kamu mengenal Allah SWT tetapi tidak mengenal hak-Nya. Allah SWT mempunyai sejumlah hak. Jika sekarang orang berbicara tentang hak asasi manusia, Allah juga mempunyai hak yang perlu dipenuhi oleh hamba-hamba-Nya. Kita sebagai warganegara, sebagai manusia, tidak semudahnya kita memilih untuk tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan atas alasan kita bebas berbuat apa sahaja. 

Apatah lagi hak-hak Allah SWT yang perlu dipatuhi dan dipenuhi. Sebagai contoh, Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Isra’ (17:32) “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Arahan-Nya ialah jangan mendekati zina, itu adalah hak Allah SWT. 

Jika kita melanggarnya, kita telah melakukan sesuatu yang dilarang. Salah satu hak Allah SWT ialah Dia disembah dan tidak dipersekutukan dalam apa bentuk sekali pun. Hak Allah SWT juga ialah Dia musyarri’, yang membuat perintah syariat. Sesungguhnya, Allah SWT itu memiliki hak, dan apabila kita tidak memenuhi hak tersebut, khususnya setelah kita mengaku mengenali-Nya, ini bermakna kita telah gagal memenuhi harapan Allah SWT bagi kita sebagai makhluk-Nya.

Kedua, kita membaca Al-Qur’an tetapi tidak menghayatinya dengan perbuatan yang tidak sesuai dengannya. Al-Qur’an ialah kitab tauhid, kitab sejarah suci, kitab perintah dan larangan. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah (2:43) “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat..” Ini adalah perintah Allah SWT yang perlu dipatuhi. 

Contoh lain ialah surah Al-Hadid (57:20) “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai..” 

Kita semua mempunyai ghairah kehidupan tetapi kita perlu memenuhi perintah Allah SWT kerana di akhirat nanti, ada hukuman yang menyakitkan bagi orang yang tidak memanfaatkan pesanan ini. Kita di dunia ini bukan hanya untuk menikmati, di sini kita perlu mematuhi peraturan dan perintah yang Allah SWT gariskan di dalam Al-Qur’an. Al-Qur’an ialah hadiah daripada Allah SWT kepada kita hamba-Nya, umat Rasulullah SAW, agar kita berjaya di dunia dan di akhirat. 

Ketiga, kita mengakui mencintai Rasulullah SAW tetapi tidak mengikuti Baginda. Allah berfirman dalam Surah Ali Imran (3:31) “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku..” Jika kita mengikuti Rasulullah SAW, tentu sekali Allah SWT akan mencintaimu kerananya. Dari Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda:, “Setiap orang yang mengaku cinta kepadaku akan masuk syurga, kecuali orang yang menolak.” [HR Bukhari No: 6737] Jika kita memperlekehkan sunnah Rasulullah SAW, adakah kita termasuk dalam golongan yang mengasihi Allah SWT?

Keempat, kita mengakui mencinta syurga tetapi tidak melakukan perkara yang membuatkan anda layak ke sana. Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah, barang dagangan yang dijajakan Allah itu mahal. Betul-betul mahal. Sangat mahal. Barang itu adalah syurga.”[HR At-Tirmidzi No: 2450] Ini adalah jual beli antara kita dan Allah SWT, tetapi harganya begitu mahal. Nyawa dan harta benda. Namun sebagai gantinya, Allah SWT menjanjikan syurga yang abadi. 

Ketahuilah bahawa dunia ini hanya seperti bilik kecil, tempat yang paling rendah, yang pada akhirnya semua yang berada di dalam dunia ini akan hancur. Malangnya, ramai kita yang bukan sahaja tidak melakukan perkara yang diperlukan untuk kita mencapai syurga, kita juga mengakui yang kita takut akan neraka, tetapi kita tidak melarikan diri daripadanya. 

Kelima, anda mengakui syaitan itu adalah musuh, tetapi anda melakukan apa yang dia suruh. Padahal, syaitan itu adalah penipu. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-A’raf (7:21) “Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya (Adam dan Hawa) (dengan berkata): “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua””. Pada ayat lain, surah Taha (20:120) “Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?” Dan dalam ayat Surah Al-A’raf (7:22) “Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya.” Syaitan berusaha menyesatkan mereka dan membiarkan mereka berdua tersesat.

Kita tidak boleh mengatakan yang kita tidak tahu dan tidak diperingatkan tentang syaitan sedangkan Allah SWT telah menurunkan Al-Qur’an yang memberitahu kita tentang sifat dan kisah syaitan, bahkan memberitahu kita apa yang syaitan katakan secara rahsia. 

Satunya kelemahan kita ialah kita tidak dapat melihat mereka, manakala mereka dapat melihat kita. Dan syaitan telah bersumpah untuk menyesatkan manusia. Surah Saad (38:82) “​​Iblis berkata: ” Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,” Dan Allah SWT menyambung ayat itu dengan Surah Saad (38:83) ” Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan.”

Satu-satunya yang mampu syaitan lakukan hanyalah mengajak manusia kepada dosa, dan mereka menyambutnya. Syaitan berkata, janganlah kita menyalahkannya, tetapi salahkanlah kita sendiri kerana syaitan tidak boleh menyelamatkan manusia di neraka dan manusia juga tidak boleh menyelamatkan syaitan yang direjam. 

Stop Pretending Start Practicing by Hamza Yusuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: