Diterjemah oleh mymuslimin.com
Ini merupakan tulisan Shaykh Faraz Rabbani yang meringkaskan “Hikmah Ujian” oleh salah seorang daripada ulama hebat Islam: Sultan al-Ulema al-Izz ibn Abd al-Salam (RA). Ini sebagai peringatan kepada kita tentang sikap kita apabila berdepan dengan ujian, dugaan dan kesusahan.
Adakah Adanya Ujian dalam Kehidupan?
Ujian adalah penting untuk kehidupan dunia ini. Allah SWT memberitahu kita bahawa “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu.” (Al-Mulk, 67:2) Ujian adalah hikmah kehidupan.
Inilah sebabnya mengapa salah seorang Muslim awal yang hebat, Abu Abdullah as-Saji (RA) menasihati: jika anda ingin menjadi abdal – hamba Allah yang tertinggi dari kategori hamba yang dikasihi Allah maka cintailah apa yang Allah kehendaki. Dan apa yang Allah kehendaki; Dia menjelma. Kerana kemudian tidak akan menimpa ketetapan Allah dan keputusan-Nya, melainkan kamu akan mencintainya.
Ini adalah salah satu cara untuk menjadi salah seorang hamba yang benar-benar dikasihi Allah SWT Yang Maha Tinggi. Kita akan melihat risalah al-Izz ibn Abdus Salam (RA), iaitu tentang ujian, dugaan dan kesusahan, dan dia menyebut 17 hikmahnya.
1: Untuk Mengenal Ketuhanan Ilahi
Hikmah yang pertama ialah untuk mengenali Ketuhanan Allah SWT dan Kuasa Allah yang luar biasa; semuanya berada di bawah kekuasaanNya. Jika kita memikirkan kita yang bertanggungjawab dan kita yang membina itu, dan kita yang melakukan ini; Allah akan menghantar isyarat yang menunjukkan kepada kita siapa sebenarnya Tuhan yang Maha Berkuasa.

2: Untuk Mengetahui Kelemahan Perhambaan
Hikmah kedua bersangkutan dengan yang pertama; iaitu mengetahui kelemahan dan kesepian perhambaan. Siapakah kita ini? Kita ialah ciptaan Allah SWT yang lemah.
3: Untuk Mencapai Keikhlasan
Ketiga ialah untuk mencapai keikhlasan. Allah SWT Yang Maha Tinggi berfirman; “Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri” (Al-An’aam, 6:17).
Walau hanya ungkapan “jika Allah menyentuhmu akan menyakitkanmu” (wa in yamsaska), yang membawa pengertian jika kesulitan yang menimpa kita mengakibatkan kita goyah; ketahuilah bahawa kita telah disentuh oleh-Nya! Ia boleh menjadi lebih berat, lebih menyulitkan. Ini hanyalah satu sentuhan. “Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya.” (Al-’Ankabuut, 29:65). Oleh itu, hikmah mendepani laut bergelora kehidupan ialah untuk menjadikan makhluk Allah yang sedang lalai sedar akan kewujudan Allah, dan si lalai ini bertukar ikhlas niatnya.
4: Untuk Bertaubat Kepada Allah
Keempat ialah supaya kita bertaubat kepada Allah dan menyembahkan diri kepada-Nya. “Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya;” (Az-Zumar, 39:8). Jangan melihat kepada kesakitan, lihat kepada apa tujuannya diberi kesakitan itu untuk kita benar-benar bertaubat dan kembali kepada Allah. Dan apakah kebaikan bertaubat kepada Allah? Untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
5: Untuk Merendahkan Diri Di Hadapan Allah
Hikmah kelima daripada ujian dan dugaan ialah seseorang akan merendah diri dan memohon kepada Allah dan mencari-Nya. Allah berfirman; “Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami” (Az-Zumar, 39:49).
Ini bermakna, apabila di dalam kesenangan, manusia itu sering melupakan Allah SWT. Lantas, dugaan merupakan rahmat dari Allah SWT. Mengapa? Kerana kita ini manusia yang sering lalai. Dan sehinggakan mereka yang begitu lemah imannya mengakui bahawa “Katakanlah: “Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di laut? (Ketika) kamu berdoa merayu kepadaNya dengan merendah diri (secara terbuka) dan secara bersembunyi,” (Al-An’aam, 6:63)
6: Untuk Mencapai Kesabaran
Keenam ialah kita dapat mencapai kesabaran, dalam bahasa Arab: “Hilm.” Seseorang itu perlu bersabar dengan orang yang diuji, tetapi mereka yang diuji itu sendiri akan menjadi sabar. Mengapa? Kerana apabila kita tidak boleh melakukan apa-apa tentang masalah yang dihadapi, kita terpaksa menunggu dan itulah kesabaran. Bukan kerana kita tidak dikejutkan dengan masalah tersebut, tetapi kita terpaksa menunggu perkembangannya. Umat Islam terdahulu mengatakan bahawa sabar itu ialah sifat yang paling utama. “Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar.” (At-Taubah, 9:114).
Ujian melatih manusia dalam kesabaran, bencana, dan ketenangan. Kerana, apa lagi yang boleh dilakukan? Ianya latihan yang menuntut kesabaran. Seperti sabda Rasulullah SAW kepada al-’Ashaj ‘Abd al-Qays; sahabat yang datang kepada Rasulullah SAW, “kau mempunyai dua sifat yang disukai Allah. Kau mempunyai kesabaran dan sifat berhati-hati.” Kuncinya ialah sifat berhati-hati: iaitu memikirkan sesuatu dengan teliti, dan tidak tergesa-gesa.
7: Mengabaikan Kesilapan Orang Lain
Hikmah ketujuh dugaan ialah peluang untuk mengabaikan salah silap orang lain atas diri kita. Ini merupakan salah satu kualitii yang disukai oleh Allah, “orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.” (Ali Imran, 3:134). Sebagai contoh, seseorang secara tidak sengaja melakukan sesuatu terhadap kita dengan melakukan kesalahan yang besar. Tetapi kita tidak bertindakbalas atas kesalahan itu, sebaliknya kita mengambil kesempatan untuk mengabaikannya dan disebabkan itu kita akan mendapat ganjaran yang hebat daripada Allah SWT, “sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya).” (Asy-Syuura, 42:40). Dan ini berguna untuk situasi di mana seseorang telah melakukan kesilapan, seperti memarahi tanpa sebab yang munasabah, dan kita mengabaikannya.
8: Belajar Tentang Kesabaran
Hikmah ujian dan dugaan ialah peluang untuk bersabar ketika menghadapinya. Sabar dalam dugaan ini akan mendapat habuan hebat yang dijanjikan Allah SWT. Mengapa? Kerana Allah SWT berkata: “Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.” (Ali Imran, 3:146).
Orang-orang yang sabar akan diberi pahala yang tidak terkira dan satu-satunya cara mereka mendapat pahala adalah dengan cara yang tidak disangka-sangka. Tiada sebarang ukuran yang boleh ditetapkan. Rasulullah SAW bersabda “bahawa tidak ada seorang pun yang dianugerahkan sesuatu yang lebih baik atau lebih luas daripada kesabaran atau ketabahan.” (HR Imam Bukhari)

9: Berpeluang untuk Bergembira
Hikmah kesembilan ujian, dugaan, kehilangan and kesusahan ialah kamu bergembira dengan ujian kerana kelebihannya. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu bergembira dengan kesusahan sebagaimana kamu bergembira dengan kemudahan” (Ibn Majah).
Mengapa? Kerana manusia yang cerdik ialah mereka yang hatinya terhubung dengan akibat. Jika kita sakit dan mendapat ubat: orang bodoh akan merungut “Aduh, perlu ke makan ubat yang pahit itu?!” Tetapi ianya ubat yang berkesan. Orang yang cerdik akan suka. Kenapa? Kerana ubat itu ialah asbab pemulihan, pahit itu bukan masalah, ianya sementara sahaja. Ibn Masud (RA) berkata: “Alangkah bagusnya dua perkara yang dibenci (yaitu) kematian dan kefakiran. Demi Allah, ketahuilah sesungguhnya kekayaan atau kemiskinan, aku tidak peduli dengan yang mana dari keduanya aku diuji. Jika aku diuji dengan kekayaan, maka sesungguhnya di dalam kekayaan itu untuk menolong. Jika aku diuji dengan kefakiran, maka sesungguhnya di dalam kefakiran itu untuk kesabaran.”
10: Hikmah Intrinsik Dugaan
Hikmah kesepuluh dugaan ialah bersyukur ke atas kesusahan kerana faedahnya; sama seperti orang sakit yang mengucapkan terima kasih kepada doktor yang memotong anggota badan yang perlu dibuang. Sebagai contoh, ada seorang doktor yang membedah bapa seseorang dan mengeluarkan buah pinggangnya kerana dia memerlukan pemindahan buah pinggang. Tetapi adakah mereka sedih apabila mengetahui bahawa mereka kehilangan buah pinggang atau adakah mereka bersyukur kerana ini adalah cara untuk menyembuhkan? Mereka tentu sekali akan bersyukur.
Begitu juga, hamba melihat bahawa ujian dan pencegahan ini adalah cara untuk beroleh ganjaran yang kekal dari Allah SWT; jadi, seseorang itu bersyukur. Jika Allah mengasihi seorang hamba, Dia akan mengirimkan ujian kepadanya – seseorang melihat ujian itu juga merupakan anugerah dari Allah SWT.
Terdapat perbezaan antara orang yang bersyukur dengan orang yang benar-benar bersyukur. Orang yang bersyukur adalah orang yang aktif bersyukur untuk setiap nikmat yang jelas. Segala sesuatu yang jelas adalah rahmat; anda mempunyai rasa terima kasih yang aktif untuknya; kamu termasuk orang-orang mukmin yang bersyukur. Dan itu tidak mudah.
Ianya memerlukan muhasabah, meneliti apakah nikmat yang telah Allah berikan kepadaku. Bagaimana untuk mensyukuri segala nikmat yang telah diberi di kala susah dan senang.
11: Dosa Diampuni
Hikmah kesebelas ialah ujian menghapuskan dosa dan kekurangan kita. “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” (Asy-Syuura 42:30). Banyak ulama menjelaskan bahawa Allah menghapuskan banyak dosa yang kita lakukan melalui kesabaran kita dalam kesulitan.
Terdapat banyak hadis Nabi (SAW) di dalam bab sabar Riyad as-Saliheen: seorang mukmin tidak disentuh oleh sebarang kesusahan dan kesulitan – bahkan kebimbangan yang menimpa mereka serta duri yang menusuk mereka, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dengannya. Namun, perlu ada satu syarat; sabar tanpa bantahan.
12: Belas Kasihan Kepada Orang Lain
Hikmah kedua belas dugaan ialah untuk menghidupkan belas kasihan kepada mereka yang diuji dan untuk menolong mereka yang berada di dalam kesempitan. Itulah adab ketika manusia berada di dalam kesenangan dan ujian. Salah satu daripada bid’aa yang paling teruk ialah kamu menilai mereka yang sedang ditimpa kesulitan. “Kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?” (Al-Baqarah, 2:80). Kenapa kamu tahu? Bagaimana kamu tahu bahawa Allah sedang menguji orang ini? Bagaimana kamu tahu? Semua ini mungkin adalah ujian kepada diri kita untuk melihat bagaimana kita bertindakbalas. Apabila kita melihat seseorang sedang diuji, ingatkan diri tentang nikmat Allah kepada kita.
Doa indah yang diajar Rasulullah SAW jika kita melihat seseorang sedang diuji, buatlah doa ini di dalam hati: “Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kesihatan kepada kami dari apa yang telah diuji oleh-Nya kepada makhluk-Nya dan memberikan kami kedudukan yang tinggi di atas kebanyakan makhluk-Nya.”

13: Belajar Nilai Kesejahteraan
Hikmah ketiga belas ialah dugaan mengingatkan dan membantu kita menilai kesejahteraan dan bersyukur dengan sejahtera yang kita kecapi. Nikmat tidak selalunya disyukuri sehingga kita kehilangannya.

14: Pahala di Akhirat
Hikmah keempat belas dari ujian dan dugaan ialah ganjaran Allah di akhirat. Ganjaran di dunia ialah faedah jangka pendek. Faedah sebenarnya adalah balasan di akhirat. Sebenarnya, pahala untuk setiap perbuatan bukanlah di dalam hidup ini kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-Nya yang beriman tidak sesuai di dunia ini. Tiada ganjaran sebenar dalam hidup ini dan tiada hukuman sebenar dalam hidup ini, sebaliknya ini semua hanyalah petunjuk bagi kita semua.
Ganjaran di akhirat itu kekal, walaupun untuk perkara yang paling kecil! Inilah sebabnya Nabi SAW bersabda; “Jangan sekali-kali menganggap sesuatu yang baik itu kecil.” Kenapa? Kerana kebaikan itu yang kecil itu akan memperoleh ganjaran yang kekal di akhirat! Bayangkan jika anda melakukan kebaikan kepada seseorang dan dari saat itu hingga akhir hayat mereka – mereka sentiasa berterima kasih kepada anda, hanya kerana satu perkara yang anda lakukan! Apatah lagi bila kita bercerita tentang ganjaran di akhirat, sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda ganjaran kekal abadi.
15: Manfaat Yang Halus
Hikmah kelima belas dari dugaan adalah manfaat yang tersembunyi di dalam kesusahan tersebut. Mungkin apabila kita merasakan kepahitan, kita tidak dapat melihat manfaatnya yang tidak jelas. Allah SWT memberitahu kita tentang perkara di atas sebagai realiti dalam Al-Quran; “boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.” (Al-Baqarah, 2:216). Anda mungkin membenci sesuatu, tetapi anda tidak tahu apa hasilnya di kemudian hari.
Kadang-kadang, nikmat paling besar bermula dari keperitan. Berapa banyak orang yang gagal dalam perkahwinan tetapi itulah nikmat yang paling besar dalam hidup mereka! Berapa ramai orang yang hilang pekerjaan dan peluang lain yang lebih baik terbuka luas untuk mereka. Ianya bukan dongeng. Oleh itu apabila kita solat Istikhara, selepas kita meminta Allah untuk segala kebaikan, kita juga perlu meminta dijauhkan kecelakaan; “takdirkan kebaikan di mana pun ia berada” kerana yang baik mungkin nampak jelas tetapi kebaikan juga berada dalam perkara yang kita tidak mahu, dan kemudian kita kata; “jadikan aku bersyukur dengannya.”
Mengambil contoh kisah Saidatina Hajar (RA), Ibrahim (AS) diarahkan untuk meninggalkan beliau di tengah-tengah padang pasir. Untuk kita, tiada apa yang lebih teruk daripada itu! Amat sukar untuk Nabi Ibrahim (AS) meninggalkan mereka. Kemudian Hajar bertanya; “adakah Allah yang menyuruh begini?” Dan tentu sekali sangat sukar untuk Nabi Ibrahim (AS) beredar pergi tetapi Hajar berkata, “teruskanlah ke mana Allah memberitahumu.”
Semua ini kelihatan seperti ujian, tetapi lihatlah hasilnya kata al-Izz ibn Abd al-Salam dengan kelahiran Saidina Ismail (AS) dan menjadi asbab kemunculan Rasulullah (SAW).
Seorang penyair berkata, “berapa banyak nikmat hebat yang telah diturunkan kepadamu di dalam lipatan ujian” tetapi anda perlu mengambil perhatian terhadapnya. Seperti yang disebut Ibn Ata: “Orang bodoh melihat awan dan mengeluh melihat awan mendung, tetapi orang yang mempunyai hikmah ialah apabila mereka melihat awan, mereka tahu bahawa awan ini akan membawa hasil yang baik pada akhirnya.” Orang tolol mengeluh tentang awan, orang yang tidak berfikir merasa ianya akan membawa hujan – tetapi orang yang mempunyai hikmah berasa yakin dengan hasilnya nanti.
16: Menjauhkan Seseorang Daripada Syaitan
Hikmah ke enam belas dugaan dan ujian ialah untuk menjauhkan diri daripada kejahatan dan kesombongan. Ujian mencegah diri daripada sifat sombong, bongkak, dan bangga diri.
A l-Izz ibn Abd al-Salam berkata: Bayangkan jika Raja Nimrod yang menentang Nabi Ibrahim (RA) itu seorang yang miskin, lemah, pekak dan buta; Adakah dia akan berdebat dengan Ibrahim (RA) tentang Tuhannya? Tidak! Hanya dengan kemudahan dan kekuatan menyebabkan manusia bongkak dan sombong.
Kita diduga dengan ujian agar dapat menyerlahkan kecenderungan buruk kita.
Jika Firaun diuji dengan kemiskinan, penyakit, kelemahan serta kehilangan kuasa, dia tentu tidak akan mengakui: “Akulah tuhan kamu, yang tertinggi” (An-Naazi’aat 79:24) kerana beliau akan melihat dirinya lemah. Bagaimana ini terjadi?
Kerana salah satu daripada sebab manusia berpaling dari Allah SWT ialah bila dia memikirkan yang dia tidak memerlukan Allah. “Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya) Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.” (Al-‘Alaq, 96:6-7), dan inilah perangai mereka yang tersesat.
Sebaliknya, jika kita melihat kehidupan Rasulullah SAW, dugaan baginda bermula sebelum lahir sehingga dewasa dengan kehilangan ayah, ibu dan individu yang Baginda cintai. Saidatina Aisha (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW tidak makan roti diperbuat daripada barli selama dua hari berturut-turut; kadangkala hampir satu bulan berlalu, dan tiada dapur yang dihidupkan untuk memasak makanan di dapur isteri-isteri Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan seorang mukmin seperti tanaman, angin menerpanya ke kiri dan ke kanan. Seorang mukmin sentiasa mengalami dugaan.” (HR Bukhari dan Muslim)
Itulah sebabnya orang-orang soleh tidak makan banyak, tidak minum banyak, mengurangkan keseronokan, mengurangkan pakaian, mengurangkan keseronokan perkahwinan, mengurangkan keseronokan ketika datang ke majlis perjumpaan, dan mengurangkan ruang kediaman, dan mengurangkan alat pengangkutan mereka dan sebagainya. Kenapa? Untuk berada dalam keadaan yang hampir kembali kepada Allah SWT.
17: Mencapai Kepuasan
Hikmah terakhir dan terbesar dari ujian dan kesusahan adalah redha. Ia adalah cara untuk mencapai keredhaan Ilahi yang mutlak. Redha itu lebih baik daripada syurga dan semua kandungannya kerana Allah SWT berfirman; “keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar” (At-Taubah, 9:72). Dan ini adalah Allah redha dengan kamu, tetapi keadaan redha yang kamu temui dalam diri kamu adalah lebih besar daripada syurga dalam segala isinya menurut Al-Quran.
Kita berdoa kepada Allah SWT dan kita berdoa melalui doa ulama besar dan kami juga memohon kepada Allah untuk melihat dan kesejahteraan daripadanya di dunia dan akhirat. Kerana kita bukanlah dari orang yang mampu menanggung kesusahan. Semoga Allah memberi kita rahmat yang memudahkan untuk melaksanakan apa yang dicintainya dan diredhaiNya dan semoga Allah menyembuhkan kita dari kesusahan dan kesusahan.
Sources:
Seventeen Benefits of Tribulation – Shaykh Faraz Rabbani
The 17 Benefits of Tribulation -SeekersGuidance.org