Jom Bawa Keluarga Melayari Sungai Melaka Bandaraya Penuh Sejarah

Oleh: mymuslimin.com

Melaka merupakan sebuah negeri yang kaya dengan peninggalan sejarahnya. Semenjak dibuka oleh Parameswara pada sekitar tahun 1400, Kesultanan Melaka telah memerintah Melaka selama 110 tahun yang menyaksikan kemajuan Melaka sebagai pelabuhan utama bagi pedagang dari Timur dan Barat dunia. Kegemilangan ini jugalah yang telah menggamit kuasa luar untuk datang dan menakluki kota strategik ini sehingga lebih 400 tahun. 

Kota Melaka, setelah mengalami zaman kegemilangannya selama 110 tahun telah jatuh ke tangan Portugis yang dipimpin oleh pemerintah Portugis terkenal Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Beliau telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pangkalan strategik bagi pengembangan kuasa Portugis di Hindia Timur. Dalam masa yang sama, St. Francis Xavier, seorang mubaligh Kristian yang ikut serta dalam pelayaran tersebut telah tinggal di Melaka kerana ingin menjadikan Melaka sebagai pusat operasi pengembangan agama Kristian di Timur. 

Pada tahun 1641 pula, pihak Belanda pula telah menakluki Melaka dengan menewaskan Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Tetapi mereka tidak berminat untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan kerana mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka pada ketika itu.

Setelah lebih 200 tahun memerintah Melaka, pada 1842, Belanda telah menyerahkan negeri ini kepada pihak British melalui Perjanjian British-Belanda. Dari 1826 hingga 1867, selama 41 tahun Melaka telah diperintah oleh British East India Company, dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British dan salah satu daripada tiga negeri selat sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Melaka kemudian diisytiharkan sebagai “Bandaraya Bersejarah” pada 15 April 1989.

Melaka, bandar kecil yang sarat sejarah

Selama hampir 450 tahun diperintah pelbagai kuasa besar, Melaka kaya dengan peninggalan sejarah yang masih boleh dilihat dan dialami oleh generasi masa kini.  

Kota A’ Famosa atau dikenali sebagai Fortaleza Velha Portuguese ialah kubu Portugis yang dibina di Melaka pada tahun 1512. Walaupun sebahagian besar kubu ini telah musnah akibat peperangan, struktur depannya masih kukuh dan kekal berdiri walaupun selepas 500 tahun.

Penjajahan Portugis ke atas Melaka bukan semata-mata dilakukan untuk tujuan perdagangan. Mereka juga datang dengan tujuan untuk menyebarkan agama Kristian ke Timur. Di Bukit St. Paul terdapat peninggalan Gereja St. Paul yang dibina pada tahun 1512 dan lebih kurang 300 tahun terdahulunya, St Francis Xavier telah membina Gereja St Francis Xavier pada tahun 1849. Gereja ini telah didedikasikan kepada Virgin Mary sebagai tanda perhargaan kerana menyelamatkan mereka di sepanjang pelayaran dari Portugis ke Melaka. Gereja St Francis Xavier ini dibina menyerupai reka bentuk Cathedral of St. Peter in Montpellier di Selatan Perancis. 

Bangunan Stadhuys ini berada berdekatan dengan Jeti Muara Sungai Melaka

Tatkala Belanda memerintah, mereka telah mendirikan Bangunan Stadhuys atau dalam bahasa Belanda bermaksud Dewan Bandaraya yang lebih dikenali sebagai bangunan merah oleh orang tempatan. Bangunan yang terletak di Dataran Stadhuys ini cukup terkenal dan salah satu bangunan ikonik di kota ini. Dibina oleh Belanda dalam tahun 1650, Stadhuys merupakan pejabat Gabenor dan Timbalan Gabenor Belanda pada ketika itu. 

Selain peninggalan kuasa besar seperti Portugis, Belanda dan British, Melaka juga kaya dengan budaya unik seperti Baba dan Nyonya disebabkan perkahwinan campur antara Melayu dan bangsa Cina. Di Melaka juga terdapat Papia Kristang, bangsa Serani unik hasil kacukan masyarakat Belanda dan Portugis yang berkahwin dengan orang Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka.

Pelayaran dengan bot ini membawa penumpang menelusuri Sungai Melaka yang sangat cantik dan menyamankan.

Pelayaran mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan harga RM25 untuk warganegara Malaysia yang berumur lebih 2 tahun yang mempunyai bukti kad pengenalan, dan RM30 bagi warga luar. Tiket pelajar yang mempunyai kad pelajar hanya RM20, begitu juga warga emas yang berusia 60 tahun. Untuk warga emas super berumur 70 tahun ke atas, tiket hanyalah berharga RM10. Kanak-kanak berusia kurang 2 tahun diberi masuk percuma.

Pelayaran bermula berdekatan dengan lokasi Muzium Samudera dan ianya membawa penumpang sehingga ke Taman Rempah dan kembali ke Muara Sungai Melaka. Di sepanjang perjalanan, kita dapat menyaksikan bangunan lama yang dihiasi dengan mural-mural menarik dan restoran-restoran yang meriah dengan pelanggan, Kampung Morten yang sarat dengan rumah Melayu lama, pokok-pokok paya bakau dan melihat permandangan Melaka yang cantik dari sungai.  

Melaka, sebuah pelabuhan antarabangsa yang cukup gah pada suatu ketika dulu telah dijajah selama berkurun lamanya oleh kuasa luar. Dan, Melaka yang kita kenal sekarang ialah sebuah negeri kaya sejarah yang maju, berbilang kaum dan harmoni. Lawatan ke Melaka tidak lengkap tanpa mengalami pelayaran bot menelusuri Sungai Melaka ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: