Teks Khutbah Jumaat: Dunia Tanpa Sempadan 

Dunia masa kini menyaksikan kepesatan pembangunan dan kemajuan dalam teknologi dan maklumat sehingga menjadikan kehidupan kita hari ini sarat dengan maklumat yang tiada sempadan. Islam tidak menghalang umatnya untuk mencapai kemajuan malah sentiasa menyeru umatnya berusaha untuk mencipta kemajuan dalam setiap perkara selagi tidak melanggar batasan syariat. Namun, realiti hari ini menunjukkan kecanggihan teknologi sering disalah gunakan untuk tujuan terutama hiburan, permainan, penipuan, pergaulan bebas tanpa batasan dan pelbagai lagi perkara negatif.

19. ASMAUL HUSNA – AL-FATTAH (Yang Maha Membuka Pintu Rahmat)

Asmaul Husna yang ke-19 ialah Al-Fattah yang bermaksud Yang Maha Membuka. Yang dimaksudkan membuka sama ada membuka benda yang benar-benar tertutup, atau yang tertutup itu dalam perkara yang maknawi seperti hati yang tertutup sehingga tidak dapat mendengar nasihat yang berguna. Apabila pintu hati seseorang hamba Allah tertutup daripada hidayah, maka tidak ada seorang pun yang boleh membukanya kecuali Allah SWT.

10 Perkara Yang Suami Perlukan (Tetapi Tidak Tahu Cara Meminta)

Diam dan tiada rungutan tidak bermakna suami berpuashati dengan semua perkara. Diam itu adalah sifat semulajadi yang ada pada kebanyakan orang lelaki tetapi di dalam lubuk hatinya yang dalam, ada perkara yang dia inginkan surinya memahami dan memberi. Namun, diri sendiri itu tidak tahu bagaimana cara untuk meminta. Dalam banyak hal, orang lelaki tidak cerewet tetapi ini tidak bermakna mereka tidak memerlukan perhatian dan tumpuan dari wanita kesayangannya. Mymuslimin.com menyenaraikan 10 perkara yang suami perlukan tetapi tidak tahu cara untuk meminta.

Belajarlah Untuk Reda

Apa guna mempunyai harta yang banyak, tetapi hidup diselubungi kesusahan. Apa gunanya kaya, jika hidup dipenuhi dengan kesengsaraan dan kerosakan akhlak ahli keluarga, anak yang derhaka, isteri/suami yang nusyuz dan seumpamanya. Tiada erti kekayaan material lantaran ia tidak mampu menjadi medium untuk kita membina kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Lebih malang, apabila dengan rezeki tersebut kita tidak mampu meningkatkan keimanan dan ketakwaan diri dan keluarga kepada Allah SWT. Orang yang reda adalah orang yang mempunyai perasaan berpuas hati dengan kondisinya, setelah diusahakan semampu boleh.

8 Cara Untuk Cemerlang Di Tempat Kerja

Tempat kerja di mana saja ia berada, samada di pejabat atau di samudera raya, merupakan tempat kita mencari rezeki yang halal untuk menampung kehidupan diri dan keluarga. Walaupun setiap bulan kita dibayar oleh majikan untuk tugasan yang telah dilaksanakan, ini tidak bermakna yang kita tidak boleh memberi lebih dan menawarkan diri kita yang terbaik untuk syarikat atau organisasi.  Mymuslimin.com menyenaraikan 8 cara untuk menjadi cemerlang di tempat kerja. 

Dua Kata-Kata Hebat Penenang Jiwa

Di bawah pemerintahan Al-Ma'mun bin Harun ar-Rasyid, sekelompok Mu'tazilah telah menyesatkannya dengan meyakini bahawa Al-Qur'an adalah makhluk yang Allah cipta, sedangkan Al-Qur'an itu ialah firman Allah dan bukan makhluk-Nya. Kerana mempertahankan kebenaran, Imam Ahmad bin Hanbal berdepan dengan hukuman yang berat daripada pemerintah.

Jom Kenali Malaikat Izrail – Pemutus Segala Kenikmatan

Sesungguhnya segala makhluk yang bernyawa pasti akan merasakan maut (kematian), Maut itu datang kepada sesiapa sahaja dan tidak memilih samada seseorang yang beriman atau kafir, seorang nabi atau rasul, bahkan kelak para malaikat juga akan berhadapan dengan maut dan Malaikat yang bertugas menjemput maut atau mencabut roh adalah Malaikat Izrail AS.

Iman Punca Keamanan

Sesungguhnya manusia takut kepada banyak benda dan bermacam perkara. Tetapi insan mukmin menutup semua pintu ketakutan. Dia tidak lagi takut melainkan kepada Allah SWT. Dia takut kepada Allah kalau dia terlajak dari batas sempadan-Nya atau melakukan pencerobohan terhadap makhluk-Nya.

Carilah Ilmu Untuk Beramal

Imam Al-Shafi’i رحمة الله berkata: “Semua manusia itu mati kecuali mereka yang mempunyai ilmu; dan mereka yang mempunyai ilmu itu sedang tidur, kecuali mereka yang mengamalkannya; dan mereka yang beramal baik sedang ditipu, kecuali mereka yang ikhlas; dan mereka yang ikhlas itu sentiasa berada dalam keadaan kegusaran.”

Blog at WordPress.com.

Up ↑