Doa Ketika Bersin

Allah SWT menyukai orang yang bersin kerana dengan bersin itu dapat mengeluarkan penyakit dari tubuh badannya. Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Sabda Nabi SAW yang bermaksud 

Sesungguhnya Allah SWT menyukai bersin dan membenci menguap.”

Riwayat al-Bukhari (6226)

Imam Ibnu Hajar menaqalkan pandangan Khattabi dengan menyebut bahawa maksud Allah SWT menyukai orang yang bersin kerana bersin dapat meringankan badan dan membuka liang-liang roma. (Lihat Fath al-Bari li Ibnu Hajar, 10/607)

Di dalam hadis yang lain, Baginda mengajar bertashmit sekiranya seseorang itu bersin tidak melebihi tiga kali. Dan sekiranya melebihi tiga kali Baginda Nabi SAW menganjurkan supaya mendoakannya kesembuhan daripada penyakit.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ilyas bin Salamah daripada bapanya menyebut, sabda Nabi SAW yang bermaksud: ” Yusyammit (menyebut Yarhamkallah) kepada orang yang bersin sebanyak tiga kali. Dan sekiranya ia lebih daripada itu, maka ia selsema.” Riwayat Ibnu Majah (3714)

Sumber: Adab-Adab Ketika Bersin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: