Jika anda memandu ke Ipoh dari Tanjung Malim menggunakan jalan lama, anda pasti berjumpa dengan Masjid Ahmadiah yang bersejarah ini yang terletak di Jalan Sultan Nazrin Shah, Kampung Kepayang Sungai Raya Ipoh, Perak.
Masjid Ahmadiah ini diberi nama sempena nama Toh Sedewa Diraja Ahmad. Beliau merupakan pembesar Melayu di kawasan ini dan juga Orang Besar Enam Belas.

Kegemilangan perlombongan bijih timah di Kampung Kepayang dan Simpang Pulai pada akhir abad ke-19 telah mencetuskan pembinaan masjid ini oleh Toh Sedewa Ahmad bagi menyatukan penduduk di kawasan Mukim Sungai Raya yang terdiri dari kampung tradisi iaitu Kampung Kepayang, Kampung Simpang Pulai, Kampung Sungai Ular, Kampung Tanjong dan juga Kampung Sindu yang kebanyakan orang Melayu. Masjid ini dibina pada 1905.

Bangunan masjid ini berbentuk segi empat panjang, mempunyai sebuah mihrab, dikelilingi dengan verendah dan memiliki sebuah dewan solat utama. Keunikan masjid yang diperbuat daripada papan dan kayu ini mirip Masjid Kampung Laut di Kota Bharu, Kelantan.
Sumber: Wikipedia. Gambar: mymuslimin.com
Leave a Reply