9. ASMAUL HUSNA – AL-AZIZ (Yang Maha Perkasa)

Asmaul Husna yang kesembilan ialah Al-Aziz, Yang Maha Perkasa, juga membawa maksud Yang Maha Mulia. Kehebatan Allah SWT boleh dilihat daripada ayat-ahat-Nya yang manzurah (kejadian atau peristiwa yang boleh dilihat), iaitu segala kejadian luar biasa yang berlaku pada suatu masa di dunia ini.

Allah SWT yang digelar Al-Aziz telah memperlihatkan keperkasaan-Nya, misalnya pada zaman Nabi Luth AS, diterbalikkan bumi dengan membenamkan segala kehidupan di permukaannya terperosok jauh ke dasar bumi dam perut bumi dibongkar naik ke permukaannya. Musnah sekalian kaum Nabi Luth AS yang mempunyai sifat keji dengan menyalurkan syahwat terhadap kaum sejenisnya.

Begitu juga Allah SWT memperlihatkan keperkasaan-Nya dengan menenggelamkan bumi dan umat Nabi Nuh AS dengan banjir besar. Tiada manusia yang selamat daripada banjir itu, kecuali Nabi Nuh AS dan segelintir pengikutnya yang beriman.

Manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT yang Al-Aziz semestinya mengambil sifat-sifat perkasa itu agar dia mampu menggagahi segala dorongan nafsu yang buruk. Kerana orang yang gagah ialah mereka yang mampu menundukkan nafsunya yang rendah.

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: