Jom Ulang Kaji! 10 Malaikat dan Tugas Mereka

Malaikat adalah hamba Allah SWT yang sangat dekat dan didekatkan kepada-Nya (muqarrabin). Oleh itu hamba ini disebutkan-Nya sebagai malaikat (al-malik, maharaja), yang sangat kuat dan kental unsur-unsur ketuhanan yang berada dalam dirinya. 

Sayyid Sabiq di dalam kitabnya “al-’Aqidah al-Islamiyyah”, bahawa malaikat ialah hamba Allah yang berada pada golongan tertinggi (al-mala’ul a’la). Iaitu, suatu alam yang halus, ghaib dan tidak dapat dicapai oleh pancaindera. 

Dalam Ensiklopedia Hukum Islam, disebutkan makna malaikat dalam perspektif al-Qur’an, iaitu:

  1. Diciptakan dari nur (cahaya).
  2. Taat dan berbakti kepada Allah.
  3. Tidak berjantina lelaki atau perempuan.
  4. Tidak memerlukan makan, minum dan perkara fizikal lain. 
  5. Tidak akan mati sebelum datangnya hari Kiamat, kerana itu bilangannya tetap. 
  6. Bertubuh halus (ghaib) atau tidak dapat dilihat
  7. Tidak pernah mengingkari perintah Allah SWT atau melakukan dosa kepada-Nya. 
  8. Mereka hanya dapat melakukan apa yang diperintahkan tanpa ada inisiatif melakukan perkara lain. 
  9. Mereka diciptakan oleh Allah dengan tugas tertentu

Menurut Ahlus Sunnah wal Jamaah, ada sepuluh malaikat yang perlu diimani:

  1. Jibril AS – Pemimpin seluruh malaikat dan bertugas menyampaikan wahyu Allah SWT 
  2. Mikail AS – Membahagikan rezeki seperti makanan, minuman, menurunkan hujan kepada seluruh makhluk Allah SWT
  3. Israfil AS – Peniup sangkakala pada Hari Kiamat
  4. Izrail AS – Mencabut nyawa semua makhluk, baik manusia, jin, syaitan, mahupun malaikat sendiri apabila tiba saatnya
  5. Raqib AS – Mencatat semua perbuatan baik manusia 
  6. Atid AS – Mencatat semua perbuatan jahat manusia
  7. Munkar AS – Bertanyakan soalan di alam kubur
  8. Nakir AS – Bertanyakan soalan di alam kubur
  9. Malik AS – Penjaga neraka
  10. Ridhwan AS – Penjaga syurga

Sumber: Biografi Malaikat – Mendapat kesempurnaan Iman, Interaksi dan Persahabatan Dengan Para Malaikat Allah SWT, Rachmat Ramadhana al-Banjari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: