Ramen Asam Pedas Telur Mayong di Arang Cafe Melaka, Unik!

Masakan paling popular di negeri Melaka tentu sekalilah asam pedasnya. Ketika berada di negeri ini jangan ditanya orang tempatan di mana kedai asam pedas paling sedap, mereka akan menjawab di rumah mak masing-masing.

Walaupun begitu, restoran yang menyediakan masakan asam pedas memang banyak di bandar bersejarah ini. Cuma, ada satu yang menawarkan sedikit kelainan dengan gabungan masakan à la Korea dan Melaka, Ramen Asam Pedas Telur Mayong! 

Nampak sahaja hidangan ini, mymuslimin.com memang tidak melepaskan peluang untuk mencuba!

Restoran ini terletak bersebelahan Sungai Melaka

Arang Cafe terletak di Kampung Hulu, sebuah kampung di tengah bandaraya Melaka yang berhampiran dengan lokasi bersejarah, Bandar Hilir. Restoran ini dibina di tepi Sungai Melaka dan merupakan salah satu kedai di dalam Makan Avenue, medan selera yang menyediakan pelbagai pilihan hidangan kepada pelanggan. 

Kenapa Arang? Kerana restoran ini menyediakan makanan laut segar yang dibakar. Namun, kami lebih berminat mencuba Ramen Asam Pedas Telur Mayong (RM21.90) dan Nasi Ketum Ayam (RM16.90). 

Medan selera yang menawarkan pelbagai hidangan

Lama juga mereka menyediakan pesanan ramen kami, mengambil masa lebih kurang 20 minit. Tetapi, alhamdulillah, berbaloi menunggu kerana hidangan ini lazat! Rasa asam pedasnya tidaklah sama seperti asam pedas Melaka yang biasa tetapi ianya kena dengan padanan ramen dan selonggok telur mayong yang sempurna. Berair hidung makan ramen yang panas dan pedas ini.

Bagi mereka yang tidak tahu apa itu telur mayong, ianya ialah telur ikan mayong yang hadirnya bermusim. Telur-telur ini berbentuk seperti biji-biji boba dan rasanya sedikit berlemak.

Lokasi Arang Cafe di tepi Sungai Melaka menjadikan makan di sini bernilai lebih dan berbaloi sekali kepada pengunjungnya. 

Restoran ini juga bersebelahan dengan Masjid Kampung Hulu, masjid ketiga tertua di Malaysia. Bolehlah nak ambil masa solat dengan selesa di sini ketika keluarga sedang menjamu selera.

Nasi Ketum Ayam XL

Hidangan kedua yang kami cuba ialah Nasi Ketum. Hidangan ini menyerupai nasi kandar. Mungkin nama ini hanya digunakan sebagai gimik umpama nasi ganja di Perak tetapi tiada elemen daun ketum di dalamnya. Jadi jangan risau untuk mencuba kerana rasa Nasi Ketum ini tidak kurang lazatnya.

Yang merancang untuk bercuti ke Melaka sempena cuti sekolah ini bolehlah singgah ke Makan Avenue dan mencuba Ramen Asam Pedas Telur Mayong di Arang Cafe. (Nota: Tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana kepedasannya) Cendol Kampung Hulu juga ada di sana sebagai penyejuk tekak tatkala matahari panas di atas kepala. 

Arang Cafe

32, Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka

Buka setiap hari: 11 pagi – 11 malam

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: