Firman Allah SWT:
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ
Maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.” Al-‘Ankabut, 29: 45
Mengulas lanjut tentang ayat ini, Almarhum Datuk Ustaz Abu Hasan Din dalam satu tazkirahnya berkata, “Orang sembahyang takkan buat benda keji dan mungkar… tetapi kenapa kini ada orang sembahyang yang masih tikam ekor? Kenapa ada perempuan yang sembahyang tetapi tidak menutup aurat? Kerana sembahyang yang dibuat itu belum tentu berperanan mencegah benda yang keji dan mungkar.”
Dengarkan penjelasan lanjut mengenai persoalan ini oleh Almarhum Datuk Ustaz Abu Hassan:
Leave a Reply