10. ASMAUL HUSNA – AL-JABBAR (Yang Maha Gagah)

Asmaul Husna ke sepuluh, Al-Jabbar yang bermaksud Yang Maha Gagah, juga bererti Yang Maha Memperbaiki benda-benda yang binasa. Oleh kerana Tuhan yang sebenarnya mempunyai kebijaksanaan sebagai pembaikpulih segala rosak binasa, maka kepada-Nya tempat manusia mengadu dan berserah supaya segala kerosakan dan kecacatan yang terjadi dapat diperbaiki dengan sempurna. 

Oleh itu, manusia sebagai hamba Tuhan yang Jabbar itu juga mempunyai tanggungjawab memperbaiki cacat-cela yang ada pada diri masing-masing. Sama ada dari segi amal ibadah seperti solat, maka hendaklah dia memperbaikinya apabila hati dalam keadaan lalai. Kita juga perlu memperbaiki budi pekerti serta tutur kata. 

Apabila kita bertaubat, manusia itu perlu mestilah memperbaiki kelemahan dan berusaha agar tidak mengulangi perbuatan yang mencacatkan ibadah atau merosakkan akhlak. 

Umat Islam dilarang sama sekali melakukan sebarang kezaliman sesama manusia dan terhadap diri sendiri. 

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis Qudsi, bahawa Allah berfirman yang bermaksud: 

Wahai Hamba-Ku, Sesungguhnya Aku haramkan zalim ke atas diri-Ku sendiri, dan aku jadikan ia haram di kalangan kami, maka janganlah kamu berlaku zalim sesama kamu.” Sahih Muslim: 4674

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: