3 Cara Menumpaskan Serangan Syaitan

Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah SWT daripada syaitan yang direjam sekurang-kurangnya dengan mengucapkan أَعُوْذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطٰانِ الرَّجِيْمِ.

Jikalau serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat, kita mesti bersabar dan menyedari bahawa Allah SWT hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. 

Ketahui bahawa perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

Syaitan sentiasa berdendam dengan manusia. Setiap saat syaitan memerangi manusia dengan membisikkan hasutan, godaan, dan tipu daya.  

Manusia yang mengerjakan ibadat kepada Allah SWT adalah orang yang paling dimusuhi. 

Seberapa daya dicuba bagi menahan manusia daripada mendekati Allah SWT. Dalam surah Fatir (35:6) Allah berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.”

Menurut Yahya bin Mu’adz Ar-Razi, “Syaitan itu tidak bekerja, sedangkan kamu sibuk dengan pekerjaan dan pelbagai urusan. Syaitan sedang melihat kamu, sedangkan kami tidak dapat melihat syaitan. Kamu selalu sahaja lalai dan melupakan jerat yang dipasang oleh syaitan, tetapi ia tidak melupakan kamu.”

Tiga Cara Menumpaskan Syaitan

Menurut Imam Ghazali, terdapat tiga cara yang dicadangkan bagi memerangi ataupun menghadapi serangan syaitan, iaitu:

  1. Mempelajari taktik tipu daya atau strategi serangan syaitan.
  2. Tidak memberi perhatian ataupun layanan kepada hasutan syaitan. Anggap hasutan dan seruan syaitan itu seperti salakan anjing. Anjing semakin garang dan galak menyalak apabila ia diberi perhatian atau respons. Sebaliknya, anjing lebih cepat memberhentikan salakan apabila kita tidak menghiraukan ia. 
  3. Lidah dan hati sentiasa menyebut Allah SWT dan zikrullah. 

Waswas adalah anak panah yang dilepaskan oleh syaitan ke dalam hati manusia, lalu bersarang di hati. Waswas juga mampu menguasai bisikan hati nurani ataupun lintasan fikiran manusia. 

Bisikan hati nurani juga dapat dipengaruhi oleh ilham. Ilham adalah lintasan fikiran yang lebih khusus, iaitu menyeru ke arah kebaikan, datang daripada Allah SWT melalui malaikat. Manakala waswas adalah bisikan hati yang menyeru kepada kejahatan, datang daripada syaitan. 

Waswas itu penuh dengan tipu daya. Kadangkala, menyeru kepada kebaikan sebagai umpan bagi memerangkap manusia. Contohnya, syaitan mempengaruhi manusia supaya mengerjakan ibadat sunat dan meninggalkan ibadat wajib. Kadangkala, manusia diseru melakukan kebajikan yang afdal serta wajib. Tetapi secara halus, syaitan membawa manusia melakukan dosa besar, iaitu dengan menyemaikan bibit riak, ujub, takbur dan sebagainya. 

Sebahagian daripada ulama membahagikan lintasan fikiran manusia kepada empat: 

  1. Suara hati yang kadangkala seruannya baik dan kadangkala jahat bagi menguji keimanan dan kesabaran. 
  2. Ilham yang menyeru kepada kebaikan semata-mata.
  3. Waswas atau seruan syaitan kepada kejahatan, penyelewengan, dan kesesatan semata-mata.
  4. Hawa nafsu daripada tabii manusia yang menyeru kepada kejahatan iaitu nafsu ammarah.

Tabii (sifat) kejadiaan manusia cenderung kepada syahwat dan menginginkan kelazatan dan keseronokan tanpa mempertimbangkan sama ada baik ataupun jahat. Ia adalah hawa nafsu yang mengheret manusia kepada maksiat. 

Kadangkala, seruan tabii menyeru kepada kebajikan dengan tujuan bekerjasama bersama-sama syaitan bagi memperdayakan manusia. 

Sumber: 

30 Wasiat Imam Syafi’i oleh Khairul Ghazali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: