Jom beramai-ramai mengunjungi Expo Buku Petaling Jaya 2022 (PJBX2022) yang kini berlangsung di Dewan Sivik MBPJ sehingga 11 September 2022 dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Pelbagai jenis buku dijual dengan harga yang kompetitif dari penerbit-penerbit tempatan dan luar negara. Selain itu acara-acara menarik turut disediakan sepanjang PJBX2022 berlangsung.
Untuk mengetahui program harian boleh lawati laman web berikut: PJBX

Hadiah menarik turut menanti kepada pengunjung yang dapat meneka dengan tepat dalam pertandingan “Meneka Muka Surat Buku”. Selain itu, pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah apabila membuat pembelian melebihi RM50 (dalam satu resit).
Sumber: MBPJ
Leave a Reply