Roti Canai Cecah Kari Ikan Siakap Mantap di Restoran Faizal, Melaka!

Oleh: mymuslimin.com

Sarapan masyarakat Malaysia kaya dengan variasi. Namun, roti canai dan nasi lemak sentiasa mengungguli carta diikuti oleh mihun goreng, mi goreng, nasi goreng, lontong, lempeng dan yang lain-lain.

Selalunya, roti canai dipadankan dengan kuah dhal, kari dan sambal tetapi ada satu restoran di Melaka yang memberi sentuhan istimewa kepada kuah cecah roti canainya dengan menawarkan beraneka kari sedap tak-boleh-bawa-bincang.

Gerai yang digemari oleh berbilang bangsa

Makan roti canai di Restoran Faizal Mohd Yusof (Gerai No 11) di Medan Selera Kompleks Niaga Limbongan, anda boleh memilih kari atau asam pedas ikan siakap (RM6.00), kari atau asam pedas ikan pari, kari atau asam pedas ikan senangin, kari kambing istimewa (RM6.50), sambal sotong kering (RM5.00) sebagai hidangan tambahan kepada roti canai biasa.

Lauk ikan memang jarang dijual sebagai padanan roti canai, tetapi anda boleh merasainya di sini. Orang Melaka memang selalu makan roti dengan lebihan asam pedas di rumah jadi idea ini memang terbaik.

Sambal sotong kembang yang lazat

Kari kambing di Restoran Faizal Mohd Yusof ini terangkat dan menjadi kegemaran pelanggan mereka kerana kari ini menggunakan ketulan daging kambing dan bukannya hirisan kecil. Sambal sotong kembang juga memberi tekstur yang menarik dan rasa yang berbeza.

Kami beli 3 keping roti dengan harga RM2.60, tak pasti pula samada mereka salah kira atau kita diberi diskaun. Tapi mana nak cari harga secantik ini kan? Harga pro-marhaen.

Menurut orang tempatan, restoran ini memang menjadi tumpuan terutama sekali pada musim cuti dan di hujung minggu. Jadi jika ingin merasai Roti Canai di Restoran Faizal Mohd Yusof ini, sila rancang betul-betul agar tidak kecewa.

Restoran Faizal Mohd Yusof (Gerai No 11)
3123C, Jalan Limbongan, 75250 Melaka
Buka 7 pagi – 12 tengahari (Isnin tutup)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: