Doa Memohon Zuriat Yang Baik

Doa ini ialah doa yang telah dipanjat kepada Allah SWT oleh Nabi Zakaria AS yang meminta Allah SWT mengurniakan beliau zuriat keturunan. Walaupun umur beliau sudah begitu lanjut dan isterinya pula mandul, Nabi Zakaria AS tidak pernah putus-putus bergantung harap dan berdoa kepada-Nya. Dan akhirnya Allah SWT membawa berita gembira apabila Nabi Zakaria AS dikurniakan Nabi Yahya AS, seorang yang soleh dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Blog at WordPress.com.

Up ↑