Berpada-pada Berduka

Rasulullah SAW memohon perlindungan dari Allah SWT daripada kesedihan:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعْوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَ الْحَزَنِ، وَالعَجْزِ وَالْكَسَلِ، والبُخْلِ والْجُبْنِ، وضَلَعِ الدَّيْنِ وغَلَبَةِ الرِّجَالِ

 “Ya Allah! Aku berlindung denganmu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.”

Ibn al-Qayyim rahmatullah berkata: “Kesedihan melemahkan hati dan mengurangkan keazaman dan keinginan untuk maju ke hadapan. Dan tiada apa yang disukai lebih oleh syaitan daripada umat Islam yang ditimpa kesedihan.”

Ibn al-Qayyim rahmatullah juga berkata: “Jangan rosakkan kebahagiaan dengan kegusaran, dan jangan rosakkan minda dengan pesimisme. Jangan rosakkan kejayaan dengan penipuan, dan jangan rosakkan optimisme orang lain dengan memusnahkannya. Jangan rosakkan hari ini dengan mengenangkan semalam. Jika kau memikirkan tentang situasimu, kau akan dapati bahawa Allah SWT telah memberimu bermacam-macam benda tanpa kau pinta, jadi percayalah kepada Allah SWT bahawa Dia tidak menghalang apa yang kamu mahu kecuali adanya kebaikan untukmu di dalamnya. Kau mungkin sedang tidur, dan pintu syurga dibuka luas dengan doa yang dihadiahkan kepadamu, subhanAllah: mungkin daripada seorang fakir yang kau bantu, daripada seorang sedih yang kau gembirakan, atau daripada seorang yang lalu melintas di hadapanmu dan kau lontarkan senyuman, atau daripada seorang yang sedang tertekan dan kau membantunya. Jadi, jangan kau pandang remeh sebarang perbuatan baik.”

Seorang orang soleh berkata: “Aku memohon doa kepada Allah SWT untuk sesuatu yang aku inginkan, dan jika Dia memberikannya kepadaku, aku akan gembira sekali dan jika Dia tidak memberikannya kepadaku, aku akan gembira sepuluh kali kerana yang pertama ialah pilihanku, yang kedua ialah pilihan Allah SWT.

Al-Sa’di rahmatullah berkata: “Hidup ini terlalu pendek, jadi janganlah dipendekkan ia dengan kerisauan, kehibaan dan kesedihan.

Terjemahan dari Timeless Seeds of Advice by B.B. Abdulla

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: