Lomak Bonar Masakan di Restoran Nelayan, Seremban

Penggemar masak lemak cili padi nismilan akan rambang mata bila berada di Restoran Nelayan, Seremban. Walaupun banyaknya kuah kuning santan berkunyit, protein yang ditawarkan berbeza-beza, cara masaknya juga bukan main pulun satu cara.

Pastikan Google Nelayan Seafood & Catering
Berpinar mata memilih

Ada gulai masak lemak ikan baung, gulai ikan puyu, gulai ayam kampung, gulai burung puyuh, gulai daging lembu, gulai daging rusa, gulai telur itik, gulai ayam biasa, gulai udang galah, gulai cendawan kukur, gulai telur ikan, dan banyak lagi pilihan penggemar gulai masak lemak! Gulai-gulai ini disempurnakan dengan penggunaan belimbing, mangga, asam keping untuk menambah lazat masakan.

Namun, walaupun teruja untuk mencuba, sila perhatikan harganya dulu dan pastikan sesuai dengan bajet anda. Ikan puyu dijual dengan harga (RM10-RM12) seekor, daging (RM10) sesenduk, udang dalam (RM24) sepiring, ikan kerai tempoyak (RM41-RM45) sekeping, patin tempoyak (RM26-RM28) sekeping.

Rendang, sambal, masak kicap, goreng-gorengan

Bagi yang menggemari masakan lain, gulai asam pedas, gulai patin tempoyak, gulai ikan kerai tempoyak, telur dadar, ayam kampung goreng panas, lauk-lauk sambal dan kicap lain pun disediakan. Restoran Nelayan ini meriah dengan pilihan.

Ayam kampung goreng panas-panas

Dah selesai memilih protein, sila bergerak ke bahagian ulam-ulaman yang menyediakan daun pegaga, daun selom, timun, bendi, kacang panjang, kacang botol di antara pilihan.

Ulam-ulam dan penyedap rasa

Selepas memilih ulam, masa untuk menambah penyedap pelengkap rasa. Cencalok ada, sambal belacan ada, sambal mangga ikan bilis ada, petai jeruk ada, sambal tempoyak, sambal kicap dan lain-lain. Fuuh! Memilih sahaja sudah boleh buat kita berpinar mata.

Yang pastinya, makanan di sini memang nismilan, sodap dan lomak bonar!

Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd
Wisma PBNS, P/3, 102,
Jln Zaaba, Rahang Kechil,
70100 Seremban, Negeri Sembilan
Buka 8 pagi – 5 petang setiap hari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: