Roti Sarang Burung, Hidangan Mesti-Cuba di Restoran Anak Nogori, Seremban

Kali ini mymuslimin.com bersarapan di Restoran Anak Nogori di Seremban untuk mencuba Roti Sarang Burung (RM4) yang menjadi bualan ramai. 

Untuk nama yang begitu kreatif, apakah Roti Sarang Burung ini? Ianya ialah roti canai garing yang datang dengan dua biji telur mata kerbau dengan telur kuningnya masih separuh masak di tengah roti, ditambah dengan sesudu rendang, dan dimakan dengan kuah roti canai biasa. 

Kenapa dia sedap? Sebab roti canainya garing rangup sekeliling, sedap dimakan dengan telur “sunny side up” dan tambahan rendang di tengah menambah rasa yang menarik walaupun kelihatan sedikit pelik. 5 bintang untuk Roti Sarang Burung ini!

Di samping itu, kami juga mencuba Murtabak Daging (RM6) panas-panas sebagai sarapan. Murtabak bukanlah makanan sarapan tetapi nampak sedap pula untuk di makan di pagi hari. Alhamdulillah, murtabaknya penuh daging, cukup rasa dan cukup besar sebagai sarapan.

Menikmati murtabak daging di pagi hari
Banyak pilihan disediakan

Antara roti yang membuat kami ingin tahu lebih lanjut ialah Roti Tampal Atas Bawah dan Roti Tsunami. Banyak lagi roti lain yang ditawarkan, dan kami jangka semuanya sedap, insyaAllah. 

Restoran Anak Nogori
58, Jalan S2 G2, Garden Avenue, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Buka 6 pagi – 330 petang setiap hari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: