10 Cara Memperoleh Cinta Allah SWT

Imam Ibn al-Qayyim رحمة الله menyenaraikan 10 cara untuk memperoleh cinta Allah: 

  1. Mengaji Al-Qur’an dengan renungan dan dengan memahami maksud yang ingin disampaikan.
  2. Mendekatkan diri kepada-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik secara sukarela selepas melunaskan perkara-perkara wajib yang dituntut, kerana amalan-amalan tambahan ini akan membawa seseorang ke tahap cinta yang tertinggi. 
  3. Mengingati Allah SWT dalam setiap situasi – dengan masa, cinta dan amalan seseorang. 
  4. Mengutamakan apa yang dicintai Allah SWT berbanding apa yang kau cintai walaupun keinginanmu amat kuat sekali.  
  5. Membuka hatimu untuk mengenali nama-nama Allah SWT dan sifat-sifat-Nya yang agung.
  6. Merenung kepada nikmat dan rahmat Allah SWT yang telah kau nikmati, sama ada yang jelas atau tersembunyi, kerana ini akan membawa hatimu dekat kepada cinta-Nya.
  7. Melembutkan hati kerana hati yang lembut itu sedang beribadat kepada Allah.
  8. Bersendirian dengan-Nya di dalam ibadah apabila Dia turun di hujung sepertiga malam. Dan ini bermakna menyeru nama-Nya, membacakan ayat-ayat suci-Nya, berdiri seikhlas mungkin dan dengan adab yang baik dan sebaik-baik penyerahan, dan kemudian mengakhirinya dengan penyesalan dan memohon keampunan daripada-Nya Allah Yang Maha Esa. 
  9. Bergaul dengan mereka yang ikhlas mencintai Allah SWT. 
  10. Menjauhkan diri dari semua perkara yang akan membentuk penghadang di antara hatimu dan Allah SWT.

Terjemahan: Timeless Seeds of Advice oleh B.B. Abdulla

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: