Adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk mempamerkan akhlak dan perbuatan yang baik sebagai satu cara hidup bermasyarakat yang disarankan Rasulullah SAW yang pasti akan membawa kepada keharmonian hidup.
Elakkan diri kita dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang membawa kepada kerosakan, huru hara dan perpecahan dalam masyarakat.
Kita juga dilarang untuk memotong jual beli sesama orang Islam hanya kerana mahu meraih keuntungan yang sedikit. Sebagai seorang mukmin, kita perlu membiarkan dia selesai membuat keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka bolehlah kita menawarkan diri untuk berurus niaga demi memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan memotong urusniaga orang lain.
Hiduplah kita sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan hak saudaranya dengan sempurna.
Jangan menzalimi, tidak membiarkan dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau menghinanya.
Taqwa adalah kualiti tersembunyi yang ada di jiwa seseorang, ia bukannya suatu perkara yang boleh diakui. Taqwa akan dapat dikesan dengan melihat amalan seseorang kerana hanya seseorang yang bertaqwa akan melakukan amalan soleh dan berakhlak mulia.
Leave a Reply