16. ASMAUL HUSNA – AL-QAHHAR (Yang Maha Gagah)

Asmaul Husna yang ke-16 ialah Al-Qahhar yang bermaksud Yang Maha Gagah atau Yang Maha Gagah Perkasa. Segala yang wujud di seluruh alam raya dan angkasa lepas, berada di bawah kekuasaan Allah SWT. Semut yang halus bergerak perlahan-lahan di malam hari, mahupun ribut taufan yang mengganas di tengah-tengah samudera yang luas, belerang yang meledak di dalam kawah gunung berapi, atau segala bentuk ciptaan-Nya pasti tidak akan terlepas daripada penguasaan Allah SWT. 

Sekiranya hendak diambil iktibar daripada sifat AL-Qahhar dengan memperlihatkan kehebatan dan keperkasaan terhadap musuh yang paling hebat. Musuh manusia yang paling utama ialah syaitan dan juga hawa nafsu yang liar. Jika berlaku persengketaan atau permusuhan di antara kita, jangan terlalu cepat menuding jari kepada orang lain dan melabelkan mereka sebagai musuh. Mungkin perbalahan itu berpunca daripada sikap dan hawa nafsu kita sendiri yang jahat. 

Justeru itu, jika tercetus sesuatu keinginan yang buruk sehingga melanggar perintah Allah SWT, hendaklah manusia memperkasakan iman yang menentang bisikan jahat dorongan nafsu syaitan. 

Itulah pendirian orang yang beriman terhadap Tuhan yang bernama Al-Qahhar. Sebelum seseorang hendak menguasai orang lain, hendaklah dia menguasai dirinya terlebih dahulu iaitu menguasai nafsunya sendiri. 

Misalnya, nafsu kita yang malas menuntut ilmu, malas bangun malam untuk menunaikan solat Tahajjud, tidak suka menolong orang walaupun mempunyai pangkat kedudukan ataupun kuasa yang sewajarnya. 

Padahal ia boleh digunakan bagi membantu mereka yang memerlukan. Maka segala dorongan nafsu yang keji itu jangan dibiarkan berleluasa sehingga menguasai diri. 

Sebaliknya mesti disergah sehingga tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT yang menghendaki segala kebaikan itu ditegakkan. 

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: