Pelajari 4 Asas Seni Bahagia

Antara nikmat yang paling besar ialah mempunyai hati yang tenang, stabil dan ceria. Kerana dalam kebahagiaan, minda itu jelas, membolehkan seseorang menjadi insan yang produktif dalam kehidupannya.

Ada yang mengatakan bahawa kebahagiaan itu seni yang perlu dipelajari, dan jika anda mempelajarinya, anda akan dirahmati di dalam hidup ini. Tetapi, bagaimana cara mempelajarinya? 

Pelajari 4 prinsip asas untuk mencapai seni bahagia menurut Dr A’id Al-Qarni.

1. Mempunyai keupayaan untuk bertahan dan menangani sebarang situasi 

Jangan biarkan diri kau digoyah atau ditadbir oleh keadaan yang sukar, atau membiarkan diri kau mudah marah dengan perkara-perkara remeh. Apabila kau mempunyai hati yang suci dan hati yang tahan dengan cabaran, kau akan lebih berdaya saing. Apabila kau latih dirimu untuk sabar dan menjadi seorang yang penyabar, kesukaran dan musibah akan mudah untuk kau tempuhi di dalam hidup ini.

2. Jangan berfikiran sempit dan mementingkan diri sendiri 

Sifat memikirkan tentang diri sendiri sahaja dan terlupa tentang dunia dan apa yang ada di dalamnya tidak akan membahagiakan kau. Allah menerangkan tentang musuh-Nya seperti berikut: “Mereka berkata: “Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?”” (Ali ‘Imran 3:154) – Mereka ini hanya memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan diri mereka, mengabaikan orang lain dan Rasulullah SAW. Seorang yang mencari bahagia perlu membantu orang yang memerlukan kerana ia mampu untuk membuat kita bahagia dan membahagiakan orang lain. 

3. Kawal dan kekang fikiran sendiri

Jika kau membiarkan fikiran kau melayang sesuka hati, ianya akan menjadi liar dan akhirnya mengawal dirimu. Fikiranmu yang liar akan membuka kembali luka-luka lama yang kau ingin lupakan, mengingatkan kau tentang nasib malang yang pernah kau alami semenjak kau lahir. Jika kau membiarkan fikiran kau bergerak bebas, dia akan membawa imej-imej lama yang menyakitkan jiwa kau dan imej masa depan yang menakutkan. Jadi, kawal fikiranmu dengan ilmu yang berguna dan kerja-kerja yang bermanfaat untuk kau lebih bahagia.

4. Hargai hidup di dunia ini berdasarkan nilai sebenarnya

Hakikatnya, dunia ini penuh dengan perkara remeh yang perlu diabaikan. Kehidupan ini sarat bencana, kesakitan dan parut luka. Jika dunia ini deskripsinya begitu, mengapa kita terkesan dengan kesusahan yang kita alami, atau meratapi kehilangan harta yang sedikit.

Kegembiraan itu boleh kau dikecapi dengan menganggap diri kau bahagia. Sentiasalah tersenyum, dan mencari sebab untuk kau gembira. Lakukan semuanya sehingga bahagia itu menjadi sifat kau yang semulajadi. Kerana, hakikatnya, kita tidak dapat lari dari kesulitan hidup.

Firman Allah SWT, “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)” (Al-Balad 90:4) “Dia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” (Hud 11:7)  

Cubalah berbahagia di dunia kerana dendam dan kepahitan dunia hanya akan dihapuskan Allah SWT ketika kita berada di syurga. Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: “Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat)” (Faatir 35:34) 

Lantas, bila kau faham sifat dunia ini, ianya kering, menipu, dan tidak bernilai, perisailah dirimu daripada semua perasaan yang akan merosakkan hidup kita.

Sumber: Don’t Be Sad oleh Dr A’id Al-Qarni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: