10 Negara Dengan Penduduk Islam Paling Ramai Di Dunia

Dengan jumlah peganut lebih 1.9 bilion orang, Islam merupakan agama yang paling cepat berkembang kini. Berikut adalah senarai 10 negara dengan penduduk beragama Islam yang paling ramai di dunia:

10. Sudan – 39,585,777

Masjid Besar Khartoum terletak di ibu negeri Sudah, Khartoum. Di bina pada 1900 AD dibuka ketika Khedive Abbas II Helmy dari Mesir melawat Sudan pada tahun 1901, . dalam tempoh sejarah Sudan yang dipanggil “Anglo-Egyptian Sudan”.

9. Algeria – 41,240,913

Masjid Ketchaoua dibina di Kasbah, Algeria, ketika pemerintahan Ottoman dalam kurun ke 17. Masjid ini diiktiraf kerana gabungan seni bina Moor dan Byzantine yang tersendiri.

8. Türkiye – 74,432,725

Masjid Biru di Istanbul atau secara rasminya Masjid Sultan Ahmet Camili ialah masjid yang dibina di era Ottoman yang terletak di Istanbul, Türkiye. Dibina sekitar 1609 dan 1616 di bawah pemerintahan Ahmed I. Jubin buatan tangan berwarna biru menghiasi dinding dalamannya, dan masjid ini mempunyai 5 lima kubah utama, 6 menara dan 8 kubah sekunder.

7. Iran – 82,500,000

Taman Dowlatabad ialah taman bersejarah di Yazd, Iran yang direka oleh Mohammad Taghi Khan Bafqi pada tahun 1747. Penangkap angin setinggi 33.8 meter adalah penangkap angin yang dibuat daripada tanah liat berat tertinggi di dunia. Taman ini tersenarao sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 2011.

6. Egypt – 85,000,000–90,000,000

Masjid Al-Azhar atau lebih dikenali di Mesir sebagai al-Azhar ialah masjid yang dibina di ibu kota Kaherah oleh Jahwar al-Saqili sejurus selepas Kaherah diisytiharkan sebagai ibu kota baru Khilafah Fatimiyah pada tahun 970. Al-Azhar merupakan masjid pertama yang dibina di bandar itu dan digelar “Kota Seribu Menara”.

5. Nigeria – 95,000,000–103,000,000

Masjid Negara Abuja ini terletak di pusat pemerintahan Nigeria, Abuja. Dibina pada tahun 1984, dihiasi dengan kubah keemasan yang menjadi kebanggaan umat Islam di negara itu.

4. Bangladesh – 153,700,000

Kubu Lalbagh adalah monumen Mughal yang paling penting di Bangladesh. Ia pada mulanya direka bentuk sebagai istana kubu sungai, yang pembinaannya dimulakan pada tahun 1678, semasa pemerintahan kerajaan Bengal di bawah Putera Azam Shah, anak ketiga maharaja Mughal terakhir Aurangzeb Alamgir. Namun, pembinaan kubu ini tidak dapat disiapkan atas sebab-sebab tertentu dan inilah peninggalan yang boleh dilihat oleh generasi sekarang.

3. India – 200,000,000

Masjid terbesar di India, Masjid Jama ini dibina oleh Maharaja Shah Jahan pada tahun 1650 dengan bantuan 5000 pekerja dalam masa 6 tahun. Direka bentuk oleh Ustad Khalil, pengukir hebat pada zamannya dan selain dari sifatnya yang soleh, dia juga terkenal dengan kehebatan seni binanya. Masjid ini mampu menampung 25,000 jemaah pada satu-satu masa.

2. Pakistan – 212,300,000

Masjid Badshahi terletak di Lahore, Pakistan, merupakan destinasi popular pelancong dan masjid ini boleh menempatkan 10,000 jemaah. Dibina pada tahun 1673 sebagai satu simbol kuasa Empayar Mughal. Dahulunya, Masjid Badshahi ini digunakan bagi tujuan ketenteraan di mana ianya telah dikuasai masyarakat Sikh sebelum Pakistan menjadi negara merdeka. Masjid Badshahi telah dipulihkan kepada seni bina dan tujuan asalnya selepas tahun 1947.

1. Indonesia – 231,000,000

Masjid Istiqlal ialah masjid yang terletak di Jakarta, Indonesia merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara yang boleh menampung lebih daripada 200,000 jemaah pada satu masa. Siap dibina pada tahun 1961, Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia. Masjid ini berfungsi sebagai pusat kegiatan dan aktiviti kemasyarakatan dalam bidang sosial, ekonomi dan budaya. Keseluruhan bangunan masjid berada di kawasan strategik di Taman Wilhelmina yang dihubungkan dengan Sungai Ciliwung yang membelah kota Jakarta.

Sumber: worldpopulationreview.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: